• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indonesia Tolak Tuntutan China Ke Atas Laut China Selatan

oleh
02/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Indonesia semalam menolak tuntutan China ke atas kawasan Laut China Selatan yang menjadi pertikaian sebagai “tiada asas undang-undang”, 2 hari selepas mengemukakan bantahan kepada Beijing berhubung keberadaan kapal pengawal pantai China dalam perairannya.

Kapal itu menceroboh zon ekonomi eksklusif Indonesia di pantai kepulauan Natuna, menyebabkan pegawai kerajaan Indonesia mengemukakan “bantahan keras” dan memanggil duta China di Jakarta.

Bercakap di Beijing kelmarin, jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang berkata China berdaulat ke atas Kepulauan Spratly dan perairannya dan China dan Indonesia menjalankan aktiviti perikanan “normal” di sana.

Dalam satu teguran tajam, Kementerian Luar Indonesia dalam kenyataan semalam menyeru China menjelaskan “asas-asas undang-undang dan sempadan yang jelas” berkenaan tuntutannya ke atas zon ekonomi eksklusif itu, berdasarkan Konvensyen Bangsa-bangsa Bersatu tentang Undang-undang Laut (Unclos).

“Tuntutan China ke atas zon ekonomi eksklusif itu atas dasar nelayannya sudah lama aktif di sana…tiada asas undang-undang dan tidak pernah diiktiraf Unclos 1982,” kata kementerian.

Jakarta juga berkata hujah China disangkal semasa ia kalah melawan Filipina pada 2016 berkenaan tuntutan di Laut China Selatan di Mahkamah Tetap Timbang Tara di The Hague.

Indonesia tiada tuntutan ke atas Kepulauan Spratly, yang terletak di timur laut Kepulauan Natuna.

Kementerian luarnya mengulangi pendirian bahawa Indonesia tiada tuntutan di Laut China Selatan dan tiada bidang kuasa bertindih dengan China.

Bagaimanapun, Jakarta berkali-kali berselisih dengan China berhubung hak perikanan sekitar Kepulauan Natuna, menahan nelayan china dan meningkatkan keberadaan tenteranya di kawasan itu.

China menuntut sebahagian besar Laut China Selatan, salah satu laluan perdagangan yang penting dan dipercayai mempunyai kuantiti minyak dan gas asli yang banyak.

Beberapa negara Asia Tenggara mempertikaikan tuntutan China dan bersaing dengan China untuk mengeksploitasi hidrokarbon dan sumber perikanan di Laut China Selatan.

Beijing mengatur aset-aset tentera di pulau-pulau buatan di beting-beting dan terumbu-terumbu di kawasan yang menjadi pertikaian.

Kedutaan China di Indonesia belum dapat dihubungi. – Agensi

Tags: ChinaIndonesialaut china selatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

10/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Malaysia mencadangkan pelaksanaan Diplomasi Sains dan Dana Jerebu Mampan bagi memperkukuh pelaksanaan Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd