• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Iktiraf UEC Atau DAP Tinggalkan Kerajaan PH

oleh
29/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – DAP tidak teragak-agak meninggalkan kerajaan Pakatan Harapan jika ia tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), kata Timbalan Setiausaha Agungnya, Nga Kor Ming.

Beliau yang juga ketua DAP Perak berkata, menteri daripada parti itu tidak pernah mendiamkan diri, sebaliknya mereka berusaha membangkitkan isu itu dan ia tidak diuar-uarkan media.

“Kami mencapai kata sepakat untuk meninggalkan kerajaan, jika UEC tidak diiktiraf.

“Kami tidak kisah tidak berada dalam kerajaan, ini prinsip asas, kami akan mendukungnya,” katanya dalam wawancara khas dengan akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily semalam.

Pengiktirafan UEC antara perkara yang dijanjikan dalam manifeso PH.

UEC ialah peperiksaan seragam untuk pelajar di 60 sekolah menengah Cina di seluruh negara sejak 1975, dengan sukatan pelajarannya dibangunkan Dong Zong, apabila sekolah Cina enggan menerima pakai bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Lepasan UEC tidak boleh melanjutkan pelajaran di universiti kerajaan dan bekerja di sektor awam negara ini kerana UEC tidak diiktiraf kerajaan persekutuan.

Bagaimanapun, kerajaan Sarawak mengiktiraf sijil itu yang bermakna lepasan UEC boleh mencari pekerjaan dalam sektor awam negeri, memasuki kolej dan universiti milik negeri serta memohon pinjaman pendidikan Yayasan Sarawak.

Selangor turut menerima kemasukan lepasan UEC ke universiti milik negeri, manakala Pulau Pinang pula mengambil lepasan UEC bekerja dengan syarikat milik kerajaan negeri.

Sementara itu, Nga kesal tiada orang memuji atau mengiktiraf 70% usaha DAP dalam bidang pendidikan Cina, sebaliknya rakyat hanya melihat 30% tugasnya yang belum selesai.

Beliau memberi contoh peruntukan secara sistematik kepada sekolah persendirian Cina yang diluluskan Parlimen ketika ini berbanding sepanjang 60 tahun di bawah pemerintahan kerajaan terdahulu.

Mengenai kritikan DAP menjadi “parti diam-diam” selepas pilihan raya umum ke-14, Nga menafikannya dengan berkata, mereka semakin berani bersuara dan ia boleh dibuktikan menerusi mesyuarat Kabinet.

Timbalan speaker Dewan Rakyat itu berkata, perbezaan antara DAP dahulu dan sekarang ialah mereka mengalihkan peranan berani bersuara ke platform kerajaan dan saluran dalaman, tetapi beliau kecewa ia tidak dapat dirasai dan dilihat orang ramai.

“Ini mungkin silap kami tidak melakukannya dengan baik dari segi komunikasi dan publisiti. Ini yang perlu kami kaji semula.”

Beliau memberi contoh isu perhiasan tanglung sempena sambutan Tahun Baru Cina di sebuah sekolah di Puchong pada awal bulan ini, katanya, Kabinet memberi respons segera dengan mengecam pihak terbabit yang disusuli tindakan polis memanggil Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.

Katanya, lawatan Timbalan Perdana Menteri, Dr. Wan Azizah Wan Ismail ke sekolah terbabit bertujuan menonjolkan prinsip kesederhanaan dan kepelbagaian yang dipertahankan PH serta memberi amaran kepada golongan pelampau.

“Kerajaan PH tidak akan membiarkan pelampau menimbulkan sentimen perkauman dan mengarahkan polis supaya tidak membiarkan golongan itu merosakkan keharmonian negara.”

Pada 7 Januari lalu, Khairul Azam mengancam akan melaporkan Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong I yang didakwanya meletakkan hiasan Tahun Baru Cina bersifat keagamaan.

Surat yang ditujukan kepada pengetuanya, Rohani Mohd Noor, memaklumkan ia menerima aduan ibu bapa yang tidak selesa dengan hiasan “berlebihan” Tahun Baru Cina di sekolah berkenaan.

Katanya, tindakan sekolah itu bertentangan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan kerana ibu bapa merasakan hiasan terbabit ialah cubaan untuk menyebarkan kepercayaan agama lain kepada pelajar Islam. – FMT

Tags: DAPNga Kor Mingpakatan harapanUEC
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

LTTE: Mahkamah Tolak Permohonan Ikat Jamin ADUN Gadek

Next Post

Tempoh Perjalanan Warga China Tak Dilanjut – Wan Azizah

Related Posts

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

16/03/2025
0

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu,...

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

05/02/2025
0

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersoal tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil beliau susulan dakwaan kerugian RM500 juta...

Next Post

Tempoh Perjalanan Warga China Tak Dilanjut - Wan Azizah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd