• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Awas Penyamun Menyamar Kontraktor TNB

oleh
23/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis memburu seorang lelaki tempatan dipercayai menyamar sebagai kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang giat membuat pemeriksaan di premis sebelum mencuri dan menyamun barang berharga.

Ketua Polis Kajang, Ahmad Dzafir Mohd Yussof berkata lelaki berumur lingkungan 30-an itu dipercayai memperdaya mangsa dengan memperkenalkan diri sebagai kontraktor syarikat bekalan elektrik itu sebelum meminta kebenaran untuk memeriksa meter di premis yang disasarkan.

“Suspek akan minta untuk menutup meter elektrik dan menyuruh semua staf atau pemilik premis keluar supaya tidak tercedera semasa proses pemeriksaan dibuat. Setelah semua keluar, suspek akan menggeledah premis dan mencuri barang berharga dan wang tunai daripada premis berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati suspek turut memperkenalkan diri sebagai kontraktor bangunan iaitu wakil pemaju untuk memeriksa bangunan.

Dzafir berkata sebanyak 4 laporan polis diterima berhubung kejadian itu yang dipercayai berlaku sejak Disember lepas dan kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar dan Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114222,” katanya.

Tags: kes samunkontraktorTenaga Nasional Berhad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penjelasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung isu sebuah keluarga di Kuala Sat, Jerantut yang hidup tanpa bekalan...

Kontraktor Rugi RM108,000 Terpedaya Tawaran Tender Projek Tak Wujud

Kontraktor Rugi RM108,000 Terpedaya Tawaran Tender Projek Tak Wujud

17/02/2026
0

BESUT: Seorang kontraktor rugi RM107,995 terpedaya dengan tawaran tender projek tidak wujud. Lelaki berusia 47 tahun itu membuat laporan polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd