• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ada Hikmah Di Sebalik Kekalahan PRU14 – Najib

oleh
16/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI BESAR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ada hikmah di sebaliknya.

Beliau berkata, kekalahan itu tidak bererti penamat kepada sebuah perjuangan, sebaliknya ALLAH menggerakkan hati pemimpin UMNO dan PAS melalui kerjasama Muafakat Nasional.

“Alhamdulillah (BN) kalah (dalam PRU-14) ada hikmahnya. Sakitnya memang terasa. Kita hendak memakai baju UMNO rasa malu sebab orang tengok kita lain macam sahaja.

“Tapi sekarang ini, berebut-rebut rakyat hendak mengambil ‘selfie’ dengan saya. Alhamdulillah (slogan) ‘Bossku’ pun boleh tahan sekarang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Muafakat Nasional di Markas PAS Simpang Lima di sini malam tadi.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, kekalahan itu pencetus Muafakat Nasional yang diterajui UMNO dan PAS, malah dilihat ‘ubat’ paling mujarab untuk berdepan dengan mereka yang menentang segala kepentingan Islam, Melayu dan negara.

“Muafakat Nasional yang dijalin dua parti terbesar itu dijangka kekal bertahan dan bukan hanya pada PRU-15 semata-mata.

“Kita sudah cukup serasi seolah rakan (UMNO dan PAS) yang duduk di sebelah kita tak rasa kekok, seperti sudah berkawan berpuluh tahun lamanya,” katanya.

Menurutnya, kajian Merdeka Centre mendapati sebanyak 122 kerusi kawasan undi Melayu di Semenanjung mampu ditawan menerusi Muafakat Nasional pada PRU-15.

“Majoriti ini sudah cukup tubuh kerajaan, tetapi kita tidak mahu kerajaan Melayu dan Islam sahaja, sebaliknya kita mahukan kerajaan nasional yang turut dianggotai bukan Islam yang hormat dan tidak menentang Islam.

“Kita sudah buktikan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai bahawa Muafakat Nasional memenangkan calon bukan Islam dengan majoriti lebih besar,” katanya.

Katanya, beliau antara pemimpin yang mencadangkan kerusi Parlimen Tanjung Piai ditandingi calon Muafakat Nasional dari MCA.

“Jangan kita ambil hak orang lain sebab kalau kita ambil hak orang lain, pihak lawan memandang kita tidak adil dan susah orang hendak percaya pada kita,” katanya. – Sinar Harian

Tags: muafakat nasionalNajib Tun RazakPASUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin mempersoalkan dakwaan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching yang menyatakan DAP ikhlas...

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

18/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa tindakan terkini Perikatan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd