• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

82 Rakyat Malaysia Di Wuhan Bebas Jangkitan Coronavirus

oleh
30/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 82 rakyat Malaysia yang setakat ini dikenal pasti berada di Wuhan dan sekitarnya, bebas daripada jangkitan coronavirus, menurut Duta Besar Malaysia ke China, Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin.

Beliau berkata, ini berdasarkan komunikasi pihaknya dengan rakyat Malaysia berkenaan menerusi penggilan telefon bagi meninjau perkembangan mereka.

“Setakat ini, kita telah mengenal pasti 82 rakyat Malaysia di Wuhan dan bandar-bandar sekitarnya yang dalam situasi ‘lockdown’ (perintah berkurung).

“Secara umumnya mereka dalam keadaan tenang dan baik, serta banyak membantu memberikan butiran rakyat Malaysia yang lain,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurutnya, proses mendapatkan maklumat lanjut mengenai bilangan dan butiran rakyat Malaysia di Wuhan serta bandar-bandar sekitar masih diteruskan.

Buat masa ini, semua 82 orang rakyat Malaysia masih berada di tempat tinggal masing-masing, katanya.

Beliau berkata, pihaknya sedang giat memantau perkembangan semasa di Wuhan di samping menyediakan talian khusus bagi memudahkan rakyat Malaysia menghubungi pejabat konsulat di Shanghai, Guangzhou, Kunming, Nanning, Xi’an dan Hong Kong.

Beliau turut menyambut baik hasrat kerajaan membawa pulang rakyat Malaysia di Wuhan dan berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Luar Malaysia bagi memperincikan butiran serta prosedur mobiliti itu.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, hari ini, berkata Malaysia bersedia membawa pulang rakyatnya yang kini berada di Wuhan jika dibenarkan oleh kerajaan China.

Dr. Mahathir berkata kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar akan memulakan rundingan secepat mungkin dengan kerajaan China bagi tujuan itu.

Kerajaan China dilapor melaksanakan perintah berkurung membabitkan jutaan penduduk di beberapa bandar raya yang dikesan dilanda wabak koronavirus.

Tags: Chinacoronavirusrakyat Malaysiawuhan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

20/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Tiktok ekyn.wong hari ini memuat naik kenyataan permohonan maaf oleh individu bernama Nur Asyiqin Mohd Dalil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd