• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Exco Terlibat Rombakan Portfolio Kerajaan Johor

oleh
08/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri hari ini mengumumkan penyusunan dan penstrukturan semula portfolio melibatkan tiga Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang baharu, berkuatkuasa hari ini. 

Penyusunan itu merupakan kali kedua sepanjang Pakatan Harapan (PH) memerintah negeri ini.

Menurut Pejabat Menteri Besar Johor, tiga exco yang terlibat dengan penyusunan semula itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Yaani, Aminolhuda Hassan; ADUN Semerah Mohd Khuzzan Abu Bakar serta ADUN Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali. 

Aminolhuda, yang sebelum ini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi kini akan memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kesihatan dan Sumber Manusia.

Sementara Mohd Khuzzan yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan sebelum ini, kini memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan.

Sheikh Umar yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi sebelum ini akan memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Sains dan Teknologi.

Bagaimanapun, tujuh exco lain (tidak termasuk Menteri Besar) masih kekal dengan portfolio masing-masing. 

“Penyusunan semula portfolio ini bertujuan bagi memperkemas dan memantapkan bidang tugas exco-exco berkenaan. Rombakan ini juga dilakukan sebagai keperluan semasa yang selari dengan keadaan pentadbiran kerajaan negeri Johor,” menurut pejabat Menteri Besar.

Tags: Exco Johorkerajaan Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Johor Akan Jadi Selangor Di Tangan Pakatan Harapan” – Ismail

“Johor Akan Jadi Selangor Di Tangan Pakatan Harapan” – Ismail

23/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pakatan Harapan (PH), Datuk Dr Ismail Salleh menyifatkan Johor masih ketinggalan berbanding negeri Selangor. Justeru, beliau...

Onn Hafiz Junjung Titah TMJ, Kerajaan Johor Fokus Kebajikan Rakyat dan Kemajuan Negeri

Onn Hafiz Junjung Titah TMJ, Kerajaan Johor Fokus Kebajikan Rakyat dan Kemajuan Negeri

21/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor menjunjung titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail atas segala pandangan, nasihat dan teguran yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd