• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Waspada, Mungkin Ada Buaya Tembaga Sesat

oleh
17/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Jabatan Perhilitan Johor menasihati orang ramai supaya berwaspada tentang kemungkinan terdapat buaya tembaga ‘yang tersesat’ dari sungai berdekatan akibat banjir yang melanda sembilan daerah negeri ini.

Pengarahnya Salman Saaban berkata, ia tidak mustahil selepas mengambil kira laporan serta kajian kehadiran populasi buaya di sembilan sungai negeri ini sebelum ini.

Sungai-sungai itu ialah Sungai Batu Pahat (Batu Pahat), Sungai Jemaluang dan Sungai Endau (Mersing), Sungai Lebam dan Sungai Sedili (Kota Tinggi), Sungai Muar (Muar), Sungai Pulai (Pulai) dan Sungai Johor dan Sungai Skudai (Johor Bahru).

“Jadi kawasan berpotensi (untuk buaya ini tersesat) tentunya ialah di longkang-longkang besar, parit atau tali air.

“Ia akan mencari binatang ternakan yang mati lemas akibat banjir sebagai sumber makanan yang mudah,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Salman berkata, sekiranya terserempak dengan haiwan reptilia itu, tindakan yang harus dibuat oleh orang ramai ialah menjauhinya dan memaklumkannya kepada pihak jabatan.

“Jangan membuat provokasi atau panik kerana ini akan menyebabkan haiwan berkenaan bertindak ganas.

“Selain itu, pekalah terhadap keadaan sekeliling bagi mengelakkan kejadian seperti ini (terserempak buaya),” katanya.

Banjir sejak empat hari lalu menyebabkan lebih 9,000 penduduk di daerah Mersing, Kota Tinggi, Segamat, Kluang, Batu Pahat, Pontian, Johor Bahru, Muar dan Kulai terjejas ekoran rumah didiami dinaiki air.

Tags: BanjirBuaya TembagaJohor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

‘10,000 Hadir Konvensyen PH 2026 Sampai Terpaksa Bersila Atas Lantai’ – Sheikh Umar

‘10,000 Hadir Konvensyen PH 2026 Sampai Terpaksa Bersila Atas Lantai’ – Sheikh Umar

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali melahirkan rasa syukur apabila Konvensyen Pakatan Harapan (PH) 2026...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd