• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ubah Sikap Buruk Jika Mahu Menang PRU

oleh
08/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli dan pemimpin UMNO perlu membuang sikap buruk serta memperbetulkan segala kelemahan jika mahu menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Susulan itu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata faktor penolakan rakyat perlu diteliti sehabis-sehabisnya, supaya parti tidak silap langkah dalam menawan hati pengundi.

“Ubahlah mana-mana yang tidak disukai orang supaya orang boleh pilih kita semula.

“Banyak sebab dulu kita kalah (PRU) dan bukan satu sebab…ada sebab dari (faktor) tempatan sendiri (contohnya) apabila keluar nama calon, banyak (saluran) peti undi ditutup.

“Ini banyak berlaku dan perlu diperbetulkan. Calon yang bertanding PRU adalah mewakili parti, bukan ‘Mr. A’ dan ‘Mr. B’. Buanglah sikap buruk ini. Siapa saja (dicalonkan) tak penting, yang penting parti menang,” katanya.

Sementara itu, Mohamad berkata, kemenangan BN dalam empat Pilihan Raya Kecil (PRK) terdahulu termasuk di Tanjung Piai, bukan jaminan kepada kemenangan parti pada PRU akan datang.

Justeru, katanya, UMNO perlu tampil dengan strategi berbeza untuk berdepan PRU akan datang, jika mahu memastikan parti menang.

“Ada yang kata sudah tidak perlu buat apa-apa (sebab sudah menang), seperti ada jaminan boleh menang. Jangan, ini bukan jaminan kerana PRK dan PRU dua perkara berbeza,” katanya.

Mengenai strategi, beliau berkata, UMNO perlu pastikan langkah dan pergerakan parti tidak didedahkan kepada semua orang.

“Strategi jangan beritahu orang, simpan di dada. Jangan didedahkan langkah kita. Buat elok-elok supaya kita faham. Berundinglah elok-elok jangan berbalah,” katanya. – BH Online

Tags: Mohamad HasanPerhimpunan Agung UMNOPRU15
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Sedia Tepis Tangan Sekutu Jika Langgar 3 ‘Garis Merah’ – Tok Mat

UMNO Sedia Tepis Tangan Sekutu Jika Langgar 3 ‘Garis Merah’ – Tok Mat

14/01/2026
0

KUALA LUMPUR: UMNO mengingatkan semua pihak termasuk sekutu politik supaya tidak melanggar tiga 'garis merah' semata-mata kerana parti itu menjadi...

‘Anak Muda Tak Leka Kenang Pencapaian UMNO 40 Tahun Lalu’ – Tok Mat

‘Anak Muda Tak Leka Kenang Pencapaian UMNO 40 Tahun Lalu’ – Tok Mat

14/01/2026
0

KUALA LUMPUR: UMNO perlu berhenti bergantung kepada sejarah sebaliknya merangka pelan hala tuju jelas sebagai persediaan menghadapi tempoh 24 bulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd