KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 akan berlangsung selama empat hari bermula 9 hingga 12 September depan.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu pemakluman berkata, pada 9 September (Rabu) akan diadakan Sesi Taklimat Presiden serta majlis perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO.
Menurut beliau, pada 10 September (Khamis) pula akan berlangsung Perhimpunan Agung Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO.
Sementara itu, Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan selama dua hari bermula 11 hingga 12 September (Jumaat dan Sabtu) – MYNEWSHUB


