• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TH Plantations Jual 2 Syarikat Pada Harga RM170 Juta

oleh
06/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – TH Plantations Bhd. (THP) telah melupuskan keseluruhan kepentingan ekuitinya dalam Bumi Suria Ventures Sdn. Bhd. (BSV) dan Maju Warisan Sdn. Bhd. (MW) kepada Tamaco Plantation Sdn. Bhd. pada harga RM170 juta.

Syarikat itu memiliki 6,513.80 hektar ladang kelapa sawit di Bintulu dan Sibu, Sarawak, kata THP dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

BSV terlibat dalam penanaman kelapa sawit dan penjualan buah tandan segar (BTS), manakala MW pada dasarnya terbabit dalam penyewaan hartanah pelaburan.

Pertimbangan harga urus niaga tersebut mewakili kira-kira RM13.9 juta atau 7.6 peratus diskaun dalam nilai pasaran hartanah, menurut penilai berdaftar bebas.

Kos asal pelaburan di dalam BSV dan MW, masing-masing sebanyak RM221.70 juta dan RM 42.49 juta, kata THP.

“Penjualan syarikat-syarikat itu adalah sebahagian daripada pelan rasionalisasi THP bagi memulihkan prestasi kewangannya melalui pelupusan aset untuk mengurangkan pinjaman dan meningkatkan kecekapan operasi.

“Penjualan juga didorong oleh kemerosotan prestasi mereka dalam pengeluaran BTS,” katanya.

Selepas penyempurnaan penjualan, THP dijangka meningkatkan nisbah penggearan daripada 1.09 kali kepada 0.94 kali dan mengurangkan perbelanjaan margin keuntungan sebanyak lebih kurang RM9.41 juta setahun.

Berikutan penjualan tersebut, simpanan tanah milik Kumpulan THP mencecah sebanyak 94,462.08 hektar, terdiri daripada ladang kelapa sawit dan getah.

Tags: Tabung HajiTH Plantations
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan KT051 (MH8110) kendalian Malaysia Airlines (MAS) yang membawa jemaah haji Malaysia...

Iran Sahkan Operasi Janji Benar Sudah Berakhir

Konflik Iran-Israel: TH Teruskan Persiapan Bagi Musim Haji 2024 Seperti Dirancang – Mohd Na’im

14/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah haji dan umrah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd