• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Teruja Menyaksikan Telur Ayam Menegak

oleh
26/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Telur ayam yang menegak kerana fenomena Gerhana Matahari Anulus (cincin) antara tarikan orang ramai pada Program Cerapan Fenomena Gerhana Matahari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Terengganu di perkarangan Wisma Persekutuan, hari ini.

Tinjauan mendapati orang awam teruja apabila berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana Matahari itu melalui peralatan yang disediakan selain tindak balas telur ayam yang boleh ditegakkan di permukaan yang rata.

Ahmad Khairil Adha Abu Bakar, 27, dari Kampung Rusila, berkata dia bertuah kerana berpeluang melihat fenomena gerhana matahari dan tindak balas telur ayam akibat fenomena itu.

“Berasa kagum dengan fenomena alam itu seterusnya mendorong saya berada di perkarangan Wisma Persekutuan lebih 40 minit kerana ingin melihat perubahan yang berlaku ke atas matahari ketika berlakunya gerhana dari semasa ke semasa.

“Difahamkan kali terakhir fenomena itu berlaku 21 tahun lalu dan saya berusia enam tahun ketika itu sekali gus tidak menyaksikan kejadian sebelum ini.

“Oleh demikian apabila diberitahu mengenai program cerapan gerhana matahari itu, saya tidak melepaskan peluang untuk turut hadir menyaksikannya,” katanya.

Suryani Hashim, 44, dari Seberang Takir berkata, dia sering mengikuti program cerapan gerhana sama ada gerhana matahari atau bulan.

“Rugi sekiranya tidak mengambil peluang untuk melihatnya secara langsung kerana fenomena itu tidak selalu berlaku dan ia mengambil masa yang agak lama untuk berulang semula.

“Fenomena seperti itu mendorong kita berfikir tentang kebesaran Allah SWT dalam menciptakan sesuatu kejadian di alam ini.

“Wajar sekiranya program cerapan gerhana seperti itu sentiasa dianjurkan pihak bertanggungjawab di tempat tumpuan awam bagi memberi pendedahan kepada orang ramai,” katanya.

Sementara itu, Penolong Juru Ukur JUPEM negeri, Mohd Yusof Sidek, berkata program cerapan yang dianjurkan pihaknya itu bermula jam 11.25 tengah hari dan berakhir pada 3.20 petang.

“Tujuan kami menjalankan cerapan di kawasan parkir Wisma Persekutuan itu ialah untuk memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai fenomena gerhana matahari.

“Selepas 21 tahun, fenomena itu berulang pada tahun ini dan ia sesuatu yang berharga serta perlu dimanfaatkan sebaik mungkin oleh orang ramai untuk menyaksikannya.

“Kami menyediakan segala kelengkapan yang bersesuaian dan terbaik untuk memastikan fenomena itu dapat dilihat secara jelas,” katanya.

Tambahnya, pihaknya juga menjalankan demonstrasi secara spontan menggunakan telur ayam untuk menunjukkan secara jelas tindak balas semulajadi akibat tarikan graviti berikutan fenomena itu.

“Orang ramai boleh melihat secara jelas telur ayam yang berbentuk bujur boleh ditegakkan dengan mudah di permukaan jalan berikutan tarikan graviti apabila bulan berada dekat dengan bumi.

“Perkara itu berlaku apabila putih telur tertarik di bahagian atas manakala kuning telur yang sedikit berat berada di bahagian bawah sehingga mewujudkan keseimbangan kepada telur,” katanya.

Menurutnya, garis medan graviti antara matahari dan bumi turut mempengaruhi elektron dalam telur sehingga menjadikan telur yang diletak dalam keadaan menegak berada stabil. – BH Online

Tags: fenomenaGerhana matahari anulustelur ayam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Imigresen Tidak Iktiraf Skuad Sukarelawan Buru PATI

Next Post

Cara ALLAH Tunjukkan Kebesaran Supaya Ingat KepadaNYA

Related Posts

Pekerja Asing Perlu Jalani Tiga Saringan Kesihatan Baharu Termasuk Pengesanan Dadah

Air Hijau Di Kampung Kuala Hau Bukan Fenomena Luar Biasa

28/12/2023
0

MACHANG: Fenomena air hijau di Kampung Kuala Hau bukan situasi luar biasa berikutan sudah berlaku sejak tiga tahun lalu apabila...

Wanita Temui Telur Ayam Bulat Sempurna

Wanita Temui Telur Ayam Bulat Sempurna

16/06/2023
0

MELBOURNE, Australia – Seorang wanita dari negeri Victoria, Australia menemui sebiji telur yang mempunyai bentuk bulat sempurna di sebuah pasar...

Next Post

Cara ALLAH Tunjukkan Kebesaran Supaya Ingat KepadaNYA

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd