• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Siasat Kesahihan Akuan Bersumpah Azilah

oleh
17/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis akan menyiasat akuan bersumpah (SD) bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Azilah Hadri yang mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkannya untuk membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya masih belum menerima SD itu.

“Kita perlu menyiasat sama ada SD itu sahih atau tidak,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.

Dalam SD bertarikh 17 Oktober lalu itu, Azilah mendakwa Najib ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri mengarahkannya supaya membunuh Altantuya dan menghapuskan mayatnya.

Azilah mendakwa arahan itu diberikan secara lisan ketika bertemu dengan Najib dalam satu pertemuan pada 17 Oktober 2006 di Pekan, Pahang.

Beliau turut mendakwa arahan supaya mayat wanita Mongolia itu perlu dihapuskan kerana mangsa didakwa seorang perisik yang boleh mengancam keselamatan negara.

Azilah membuat dakwaan mengejutkan itu dari Penjara Kajang.

Sirul dan Azilah telah disabitkan oleh Mahkamah Tinggi pada 2009 atas kesalahan membunuh Altantuya pada 2006.

Mereka berjaya mengenepikan sabitan itu di peringkat Mahkamah Rayuan pada 2013 namun Mahkamah Persekutuan pada 2015 memutuskan untuk mengekalkan sabitan dan hukuman mati mereka.

Sirul telah melarikan diri ke Australia sebelum Mahkamah Persekutuan mengumumkan keputusannya. Mahkamah Persekutuan kemudian mengeluarkan waran tangkap terhadapnya. – Sinar Harian

Tags: altantuya shaariibuuazilah hadriNajib Tun RazakPDRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

20/04/2026
0

SEREMBAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan agama dan adat resam serta peruntukan-peruntukan yang termaktub...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd