• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petronas Mula Jual Petrol RON95 Euro 4M

oleh
25/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketika ini semua stesen minyak Petronas mula membekalkan bahan api RON95 Euro 4M, lebih awal berbanding tarikh yang ditetapkan kerajaan iaitu 1 Januari 2020.

Petronas Dagangan Bhd. dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, spesifikasi bahan api terbaharu itu hanya mengandungi 50 bahagian bagi setiap juta (ppm) sulfur, yang mana ia 10 kali lebih rendah berbanding Euro 2M standard untuk petrol RON 95.

Selain itu, kandungan benzinnya juga dikurangnya sebanyak 30 peratus kepada 3.5 peratus manakala tekanan meruap dikurangkan sebanyak tujuh peratus kepada 65kPa.

Ini bermakna bahan api tersebut lebih bersih kepada enjin dan alam sekitar.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Datuk Seri Syed Zainal Syed M Tahir, bahan api RON95 di stesen Petronas telah dinaik taraf kepada standar Euro 4M sejak awal Disember.

“Dengan penambahbaikan ini, para pengguna bukan sahaja dapat menikmati pemanduan yang lebih lancar, responsive dan berkesan tetapi juga bahan api yang bersih mampu mengurangkan pencemaran udara yang sekali gus memberi manfaat kepada kesihatan dan alam sekitar.

“Apa yang penting, Petronas Primax 95 dengan Pro-Drive adalah baik untuk enjin dan persekitaran,” katanya.

Tags: Euro 4MPetrol RON95petronas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Nafi Kerajaan Pertimbang Had Subsidi RON95 Dikurangkan, Dakwa Kenyataan Diambil Di Luar Konteks

Timbalan Menteri Nafi Kerajaan Pertimbang Had Subsidi RON95 Dikurangkan, Dakwa Kenyataan Diambil Di Luar Konteks

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong menafikan kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengurangkan lagi had subsidi petrol RON95...

Petronas Jamin Bekalan Bahan Api di Stesen Seluruh Negara Mencukupi Sehingga Jun 2026

Petronas Jamin Bekalan Bahan Api di Stesen Seluruh Negara Mencukupi Sehingga Jun 2026

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas memaklumkan bahawa bekalan bahan api di semua stesen minyaknya di seluruh negara mencukupi sehingga hujung Jun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd