• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Petronas mengesahkan satu insiden berlaku ketika kerja-kerja penyelenggaraan bot penyelamat di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO) Sepat di luar pesisir Terengganu kira-kira pukul 12.50 tengah hari semalam.

Menurut kenyataan syarikat itu, insiden berkenaan melibatkan empat kakitangan kontraktor.

“Dukacita dimaklumkan, tiga mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu kira-kira pukul 5.57 petang semalam.

“Manakala seorang lagi mangsa yang cedera telah dipindahkan untuk menerima rawatan dan kini masih dalam pemerhatian,” menurut kenyataan itu hari Ini.

Petronas memaklumkan siasatan berhubung punca kejadian sedang dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa berkaitan.

Syarikat itu turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga, rakan dan rakan sekerja mangsa yang terkorban.

“Keutamaan segera syarikat ketika ini adalah untuk memastikan kebajikan serta sokongan kepada semua pihak yang terjejas,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB

 

Tags: FSOinsidenmautpekerja kontraktorpetronasSepat
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

08/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Keadaan persekitaran pada pagi kejadian kemalangan yang meragut nyawa tiga beradik di Pontian, Johor, Khamis, dilaporkan berjerebu...

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd