• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda Tak Setia Tak Boleh Jadi Calon PRU – Zahid

oleh
04/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Aktivis Pemuda UMNO yang setia akan menjadi keutamaan untuk diangkat sebagai calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pertimbangan juga termasuk dengan aktivis media sosial yang telah memanfaatkan medium komunikasi berkenaan.

“Kita akan ketengahkan pemuda terutamanya yang setia. Kalau tak setia, bagus pun tak boleh jadi calon,” katanya kepada pemberita ditemui selepas Makan Tengah Hari Pemuda UMNO Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Majlis tersebut sempena Perhimpunan Agung UMNO 2019.

Terdahulu, Ahmad Zahid dalam ucapannya berkata, beliau yakin sudah tiba masanya untuk tokoh-tokoh muda yang taat setia dengan parti diketengahkan.

Katanya, golongan tersebut telah menggunakan medium komunikasi sama ada secara bersemuka dan ‘non verbal communication’.

“Saya akan meneliti aktivis-aktivis pemuda untuk diketengahkan dan memberi keutamaan kepada yang taat setia kepada parti dan tidak goyang walaupun ada angin ribut dari dalam atau luar.

“Saya yakin inilah ketikanya kita harus ketengahkan mereka dan antara di kalangan kita yang menjadi aktivis media sosial juga akan turut diambil kira,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Ahmad Zahid HamidiPemuda UMNOPRU15
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

‘Sekali Pemuda UMNO, Selamanya Pemuda UMNO’ – Akmal Jumpa Anwar 

‘Sekali Pemuda UMNO, Selamanya Pemuda UMNO’ – Akmal Jumpa Anwar 

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd