• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda PAS Melaka Terima Kerjasama Penyatuan Ummah Hadapi PRN

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Pemuda PAS Melaka Terima Kerjasama Penyatuan Ummah Hadapi PRN
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Dewan Pemuda PAS Melaka menerima dan meluluskan secara sebulat suara cadangan kerjasama Penyatuan Ummah di peringkat negeri bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ketua Pemuda PAS Melaka, Zulhilmi Suboh berkata, perkara itu diputuskan dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka Kali Ke-51.

Menurut beliau, cadangan berkenaan digagaskan berasaskan inisiatif kepimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia yang konsisten memacu agenda kerjasama dan penyatuan antara Pemuda PAS dan Pemuda UMNO di peringkat nasional.

“Semangat ini wajar diterjemahkan secara tuntas di peringkat negeri Melaka sebagai persediaan mendepani PRN Melaka yang semakin hampir.

“Atas dasar ukhuwah Islamiyyah, pimpinan Pemuda PAS Melaka menegaskan bahawa penyatuan kekuatan politik Melayu-Islam di Melaka amat kritikal,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut kenyataan sama, strategi berkenaan penting bagi memastikan pentadbiran negeri Melaka yang akan datang diterajui sepenuhnya oleh kepimpinan Melayu-Islam yang kukuh sekali gus menumbangkan penguasaan Pakatan Harapan (PH) khususnya DAP.

Sehubungan itu, cadangan berkenaan akan dibawa dan dikemukakan secara rasmi kepada Badan Perhubungan PAS Melaka untuk pertimbangan, tindakan lanjut serta penjajaran strategi di peringkat kepimpinan tertinggi negeri.

“Pemuda PAS Melaka komited untuk terus menjadi pemangkin kepada perpaduan ummah demi kemakmuran, kestabilan politik dan kedaulatan Islam di bumi Melaka,” katanya. – MYNEWSHUB

 

Tags: kerjasamalulusMuktamarPemuda PAS MelakaPemuda UMNOpenyatuan ummahPRN MelakaTerima
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Seruan Perpaduan Umat Dalam Politik Islam Antara Pahala Terbesar PRN Melaka – Nik Abduh

Seruan Perpaduan Umat Dalam Politik Islam Antara Pahala Terbesar PRN Melaka – Nik Abduh

09/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyifatkan seruan ke arah perpaduan umat dalam...

Insya-Allah Kemenangan Pada 14 November – Khaled Nordin

Insya-Allah Kemenangan Pada 14 November – Khaled Nordin

08/11/2026
0

AYER KEROH - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berharap segala usaha dan gerak kerja jentera Barisan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd