• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MOTAC Nafi Luluskan Penganjuran Ada Elemen Lucah

oleh
02/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas penganjur Eskpo Tatoo Malaysia 2019 susulan peragaan separuh bogel pada acara berkenaan.

Menterinya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, kementerian berkenaan tidak pernah memberi sebarang kelulusan untuk acara peragaan separuh bogel.

“Adalah mustahil untuk meluluskan sebarang permohonan penganjuran yang ada elemen lucah seperti itu sebab itu bukan budaya Malaysia lebih-lebih lagi apabila majoriti rakyatnya beragama Islam.

“Ia juga tidak mempamerkan wajah sebenar Malaysia yang penuh kesopanan dan kesusilaan,” katanya.

Menurutnya, kementerian sudah mengarahkan agensi di bawah MOTAC iaitu Malaysia Convention and Exhibition Bereau (MyCeb) menjalankan siasatan.

“Ekspo ini bukan kali pertama diadakan di Malaysia dan tiada kejadian seumpama itu berlaku sejak penganjurannya pada 2015 di Kota Kinabalu, Sabah.

“Saya difahamkan ia diadakan secara tertutup tetapi melanggar tatasusila. Oleh itu, saya mengarahkan MyCeB untuk menyiasat perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, penganjuran acara bertaraf antarabangsa baik untuk industri pelancongan namun bukan dengan acara seperti itu.

“Kita akan menanti laporan penuh siasatan dari MyCeB dan kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya mereka didapati melanggar syarat ditetapkan,” katanya.

Terdahulu, MyCeB dalam kenyataan awal menegaskan acara berkaitan perlu mendapatkan kelulusan dari pihak berkuasa negeri dan tempatan.

Semalam, tular di media sosial gambar berserta visual peragaan separuh bogel dalam satu acara dianjurkan pada ekspo berkenaan.

Tatto Malaysia Expo 2019 yang berlangsung pada 29 November sehingga semalam, menghimpunkan peserta dari 35 negara. – Sinar Harian

Tags: Eskpo Tatoo Malaysia 2019MOTACseparuh bogel
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pelancongan Teruja 50,000 Hadir Festival Rain Rave 2026: “Basah Kuyup, Percikan Air, Sorakan, Tarian”

Menteri Pelancongan Teruja 50,000 Hadir Festival Rain Rave 2026: “Basah Kuyup, Percikan Air, Sorakan, Tarian”

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) , Datuk Seri Tiong King Sing melahirkan rasa teruja lebih 50,000...

Program MOTAC Hidang Arak? – Firdaus Wong

Program MOTAC Hidang Arak? – Firdaus Wong

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan sama ada satu program anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd