• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Lengkap Bedah Siasat Nora Anne Siap Tahun Depan

oleh
18/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Laporan lengkap bedah siasat remaja Ireland, Nora Anne Quoririn masih belum siap sepenuhnya.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop, berkata polis tidak dapat menentukan kematian remaja berusia 15 tahun itu mempunyai unsur jenayah kerana bedah siasat masih belum lengkap.

“Laporan lengkap bedah siasat dijangka siap pada tahun depan tetapi tidak pasti bila, bergantung kepada Jabatan Kimia.

“Jika benar ada unsur jenayah, akan ditentukan selepas laporan lengkap sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas dakwaan ibu bapa Nora Anne yang mendakwa kehilangan anak mereka pada Ogos lalu mempunyai unsur jenayah ketika ditemu ramah media antarabangsa semalam.

Mengulas lanjut Mohamad berkata, keluarga Nora Anne perlu membuat permohonan melalui peguam untuk mendapatkan laporan lengkap bedah siasat itu.

“Itu prosedur yang perlu mereka ikut,” katanya.

Apabila ditanya mengenai inkues yang akan dibuat keluarga Nora Anne, Mohamad berkata ia di bawah bidang kuasa Ketua Peguam Negara, Tommy Thomas.

Mayat remaja lembam itu ditemui di kawasan berlurah dekat anak sungai kira-kira 2.5 kilometer dari resort dia dilaporkan hilang di Pantai dekat sini, pada 4 Ogos lalu.

Hasil bedah siasat mengesahkan Nora Anne mati akibat kebocoran usus yang berpunca daripada tidak makan untuk tempoh panjang.

Selain itu, Nora Anne yang hanya mempunyai kesan calar kecil pada bahagian kaki ketika ditemui selepas 10 hari hilang, dipercayai mati akibat stres berpanjangan. – BH Online

Tags: kehilangankematianNora Anne Quoirinwarga ireland
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja

14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja

04/05/2025
0

LONDON - Seramai 14 kanak-kanak berusia antara 11 hingga 14 tahun ditahan atas dakwaan menyebabkan kematian tanpa niat selepas seorang...

Wanita Dihukum Penjara 15 Tahun Sebabkan Kematian Bayinya Yang Baru Lahir

Wanita Dihukum Penjara 15 Tahun Sebabkan Kematian Bayinya Yang Baru Lahir

08/02/2024
0

TAWAU: Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara 15 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan sengaja menyebabkan kematian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd