Saturday, June 15, 2024

Creating liberating content

Obesiti Boleh Diatasi Dengan...

KUALA LUMPUR - Apakah obesiti tidak dianggap sebagai masalah, sehingga jumlah rakyat Malaysia...

‘Datuk Seri’ Pukul Rela...

KUALA LUMPUR - Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri...

Taylor Swift Raih Pendapatan...

PADA usia 27 tahun, penyanyi Taylor Swift telah mencatat nama selaku selebriti yang...

Banjir Di Pahang Pulih,...

KUANTAN - Banjir di Pahang kembali pulih apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir...

Korban Letusan Gunung Berapi New Zealand Meningkat 8 Orang

WHAKATANE – Jumlah kematian akibat letusan gunung berapi White Island di New Zealand bertambah kepada lapan orang, hari ini.

Menurut polis, dua mangsa meninggal dunia di hospital dengan lapan lagi mangsa masih hilang di pulau itu dan lebih 20 menerima rawatan intensif akibat luka parah terbakar.

Gunung berapi White Island dilaporkan boleh meletus lagi yang menyukarkan usaha pasukan penyelamat mencari mayat, kata pihak berkuasa.

Gunung berapi itu adalah destinasi pelancongan terkenal apabila pada Isnin lalu ia meletus dan memuntahkan abu dan wap di pulau itu.

Seramai 47 pelancong dan jurupandu berada di pulau berkenaan ketika letusan berlaku.

24 orang adalah Australia, sembilan dari Amerika Syarikat, lima New Zealand, dua Britain, dua China, empat Jerman dan seorang rakyat Malaysia. – myMetro Online

Kategori