• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Iran Rampas Kapal, 16 Rakyat Malaysia Ditahan

oleh
31/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEHRAN – Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) menahan 16 kru warga Malaysia dan merampas sebuah kapal yang dipercayai menyeludup minyak, menurut media tempatan semalam.

Laman web stesen TV, IRIB melaporkan rampasan itu melibatkan sebanyak 1.3 juta liter minyak dari kapal tidak dinamakan itu di kawasan 15 batu nautika dari Abu Musa, salah satu daripada tiga kepulauan di Teluk Arab yang berada di bawah kawalan Teheran, namun dituntut Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“Ia adalah kapal keenam yang disyaki menyeludup minyak dan dirampas,” kata jurucakap unit tentera laut IRGC, Brigadier Jeneral Ali Ozmayi.

Pada September lalu, Iran merampas sebuah bot dan menahan 12 kru warga Filipina yang didakwa terlibat dalam sindiket mencuri minyak di Selat Hormuz.

Langkah sama turut diambil ke atas kapal tangki minyak asing di perairan Teluk pada 14 dan 31 Julai lalu, namun ia tidak mendedahkan identiti kapal serta kru mereka.

Ketegangan semakin meningkat di Teluk pada tahun ini selepas Amerika Syarikat meningkatkan kempen memberikan tekanan maksimum terhadap Teheran selepas ia menarik diri daripada perjanjian nuklear, Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) pada 2018. – Agensi

Tags: Iranrakyat Malaysiaseludup bahan apiSeludup Minyak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekerja Sepenuh Masa, Tetapi Hujung Bulan Duit Tak Cukup Realiti Rakyat Malaysia – Tengku Zafrul

Bekerja Sepenuh Masa, Tetapi Hujung Bulan Duit Tak Cukup Realiti Rakyat Malaysia – Tengku Zafrul

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - "Bekerja sepenuh masa, tetapi hujung bulan duit tak cukup. Inilah realiti yang sedang dihadapi ramai rakyat Malaysia,"...

Saya ‘Bukti Hidup’ DAP Untuk Semua Rakyat Malaysia – Syahredzan

Saya ‘Bukti Hidup’ DAP Untuk Semua Rakyat Malaysia – Syahredzan

22/07/2026
0

SEREMBAN - Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan mendakwa beliau merupakan 'bukti hidup' DAP sebuah parti untuk rakyat Malaysia. Menurutnya, ramai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd