Friday, October 4, 2024

Creating liberating content

KPM Pinda Takwim Penggal...

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) meminda Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020 bagi membantu...

Penyanyi Veteran Saman Taylor...

PENYANYI yang meraih pendapatan tertinggi di Amerika Syarikat, Taylor Swift dilaporkan telah disaman...

Pembekal, Peniaga Diminta Kekalkan...

KANGAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perlis meminta peniaga...

Tiada Kelulusan Khas Program...

PUTRAJAYA : Mana-mana pendatang asing tanpa izin (PATI) bermula 1 Januari tahun ini...

Inflasi Naik Kepada 2.4% Pada 2020 – MIDF Research

KUALA LUMPUR – MIDF Research menjangka tekanan inflasi meningkat kepada 2.4 peratus tahun ke tahun pada 2020 sebahagian besarnya disebabkan dasar subsidi minyak kerajaan.

Inflasi pada 2019 dijangka pada sekitar 0.6 peratus tahun ke tahun, iaitu lebih rendah daripada satu peratus pada 2018.

Ketua Penyelidikannya, Mohd Redza Abdul Rahman, berkata harga RON95 dihadkan kepada RM2.08 seliter sejak Februari lalu, lebih rendah daripada harga purata RM2.20 pada 2018, memacu tekanan penurunan kepada keseluruhan inflasi pada tahun ini terutamanya melalui indeks pengangkutan.

Bagaimanapun, keputusan kerajaan untuk memperkenalkan subsidi minyak bersasar baharu mulai Januari 2020 akan memberi kesan limpahan kepada komponen kumpulan lain seperti makanan.

Skim subsidi minyak bersasar itu dijangka memberi manfaat kepada kumpulan isi rumah berpendapatan rendah yang kecil dan mengapungkan harga RON95 di bawah skim ini yang mana harga minyak semasa sebanyak AS$62 satu tong, harga akan menjadi lebih tinggi daripada harga yang dihadkan sebanyak RM2.08.

“Inflasi yang meningkat antara faktor menyebabkan ekonomi sederhana bagi Malaysia pada tahun depan berikutan ia akan menjejaskan permintaan domestik.

“Kami menjangka ekonomi Malaysia akan terus berkembang pada kadar sederhana sebanyak 4.5 peratus berikutan faktor global dan domestik seperti tekanan inflasi yang meningkat,” katanya pada taklimat media berhubung Prospek Pasaran 2020 – ‘Navigating Through Adversity’ di sini semalam.

Mohd Redza berkata, MIDF menjangka Bank Negara Malaysia akan melaksanakan pengurangan 25 mata asas pada suku pertama tahun depan, dengan ringgit merosot kepada 4.20 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir tahun dan purata pada 4.18 berbanding dolar AS pada 2020.


Penurunan kadar dan penyusutan ringgit pada amnya akan turut memberi tekanan kepada inflasi, katanya.

Beliau berkata, terdapat kebimbangan berhubung prestasi perdagangan luar Malaysia yang menerima impak daripada cabaran luaran, dan firma penyelidikan itu menjangka sektor berasaskan komoditi akan mengurangkan sebahagiannya berikutan harga komoditi dilihat kekal pada tahap yang mencatatkan keuntungan.

“Bagi 2020, kami mengunjurkan minyak mentah Brent kepada purata sebanyak AS$65 satu tong dan minyak sawit mentah (MSM) sebanyak RM2,450 satu tan,” katanya.

Dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang sederhana, MIDF Research menjangka perbelanjaan pelaburan yang meningkat oleh sektor awam dan swasta pada tahun depan untuk menyokong pertumbuhan.

Pelaburan sektor swasta dijangka meningkat kepada 4.1 peratus pada 2020 berbanding 1.5 peratus tahun ini manakala pelaburan awam, yang mencatatkan -9.2 peratus pada 2019 dan negatif sejak suku keempat 2017, dijangka pada sekitar 1.4 peratus terutamanya dalam infrastruktur, katanya.

Mohd Redza berkata, firma penyelidikan itu menjangka persekitaran ekonomi global yang lebih mencabar pada 2020, dengan permintaan global yang perlahan, risiko geopolitik yang meningkat dan kehilangan momentum pertumbuhan negara-negara utama dunia termasuk Amerika Syarikat, China dan Eropah.

Kategori