• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya memecahbelahkan rakyat kepada ‘kami’ dan ‘mereka’ iaitu golongan berpendapatan tinggi T20 dan baki 80 peratus rakyat yang lain.

Penasihat DAP, Lim Guan Eng melontar kritikan tersebut berikutan pengumuman kerajaan mempertimbangkan untuk mengecualikan golongan T20 daripada skim subsidi minyak Budi Madani RON95 (Budi95)

“Dalam krisis ekonomi global semasa, Anwar tidak sepatutnya memecah-belahkan rakyat Malaysia kepada ‘kami’ dan ‘mereka’, iaitu kononnya golongan berpendapatan tinggi T20 dan baki 80 peratus rakyat yang lain.

“Sebaliknya, semua rakyat Malaysia mesti bersatu demi mempunyai harapan untuk berjaya mengatasi krisis ekonomi akibat kos tinggi dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan,” kata menerusi satu kenyataan di media sosial hari ini.

Terdahulu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan mendakwa, langkah mengecualikan golongan T20 daripada skim Budi95 berisiko dilihat sebagai pendekatan yang cetek, malah boleh menghakis keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

Dakwa beliau, bukan semua golongan T20 dengan pendapatan isi rumah melebihi RM11,820 sebulan hidup selesa ketika ini, maka skim subsidi minyak Budi95 mesti dikekalkan dan disediakan kepada semua rakyat Malaysia.

Justeru, katanya, skim subsidi minyak Budi95 mesti dikekalkan dan disediakan kepada semua rakyat Malaysia.

“Cadangan Anwar ini berisiko dilihat sebagai pendekatan yang cetek dan boleh menghakis keyakinan rakyat terhadap kerajaan beliau dengan menukar satu reformasi fiskal yang perlu kepada dasar yang kelihatan menghukum dan bukannya adil.

“Ia juga terlalu mempermudahkan kesukaran yang dihadapi ramai isi rumah bandar, di mana golongan T20 sebenarnya hanya sekadar mampu bertahan.

“Ramai yang bergelut dengan kos sara hidup tinggi, komitmen perumahan, kos penjagaan anak serta tanggungan kewangan yang semakin meningkat di pusat bandar,” dakwanya lagi. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Lim Guan Eng

 

Tags: 80 peratus rakyatAhli Parlimen BaganBUDI95Datuk Seri Anwar IbrahimkritikanLim Guan EngmemecahbelahkanPenasihat DAPPerdana Menterisubsidi minyakT20teguran
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Menteri Kewangan Paling Gagal – Fadzmel Fadzil

Lim Guan Eng Menteri Kewangan Paling Gagal – Fadzmel Fadzil

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Fadzmel Fadzil membidas Lim Guan...

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd