• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gerhana Matahari Bukan Petanda Malang – JAKIM

oleh
26/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memberi peringatan kepada umat Islam, kejadian gerhana matahari tiada kaitan dengan kejadian malang atau celaka sesuatu perkara.

Sebaliknya, ia adalah satu keadaan yang berlaku sejak dahulu lagi, termasuk ketika zaman Rasulullah SAW.

Jelas JAKIM, ketika itu, secara kebetulan, putera baginda iaitu Ibrahim wafat dan ramai yang menyangka bahawa gerhana itu membawa maksud kesedihan hati Rasulullah.

“Oleh kerana itu, Rasulullah SAW bersabda (hadis riwayat Imam Muslim), Mafhumnya: Rasulullah SAW bersabda bahawasanya matahari dan bulan itu menjadi tanda kedua-duanya daripada tanda-tanda kekuasaan Allah.

“Allah menakutkan hamba-hambaNya dengan perubahan matahari dan bulan, dan matahari dan bulan itu tidak berlaku gerhana kedua-duanya disebabkan mati seseorang dari kalangan manusia, maka apabila kamu melihat berlakunya suasana (gerhana), maka solatlah kamu (solat sunat gerhana) dan berdoalah kepada Allah sehingga cahaya matahari atau bulan kelihatan semula bagi kamu,” katanya.

Peringatan itu dikeluarkan melalui khutbah khas gerhana matahari bertajuk Menggali Rahsia Keagungan Allah, selepas solat Zohor, hari ini.

Jelasnya, kejadian gerhana matahari berlaku akibat dari kedudukan sejajar antara matahari, bulan dan bumi, manakala gerhana bulan berlaku apabila kedudukan sejajar antara matahari, bumi dan bulan.

“Kedudukan sebegini akan menghalang cahaya matahari daripada sampai ke bumi dan kerana itu, ia dinamakan gerhana. Kita sedia maklum bulan dan bumi sifatnya adalah menerima cahaya daripada matahari.

“Peristiwa gerhana matahari ini adalah suatu iktibar kepada umat manusia bahawa kita adalah makhluk kecil dan lemah di sisi Allah SWT.

“Allah memperlihatkan sedikit daripada bukti kekuasanNya kepada manusia melalui peristiwa gerhana matahari yang juga antara satu fenomena alam yang hebat dan ajaib, bukti kekuasaan Allah yang tiada bandingnya,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya Firman Allah dalam surah Yunus ayat 5, membawa maksud, “Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-pindah) pada tempat-tempat peredarannya (masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa.

Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar; Allah menjelaskan ayat- ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui hikmah sesuatu yang dijadikanNya).

“Apa yang jelas, penciptaan matahari, bulan, cakerawala dan apa jua di alam ini bertujuan membolehkan seluruh manusia mengambil manfaat daripadanya seperti menjana sistem solar, menjana dan menghasilkan kuasa elektrik.

“Bagi umat Islam, peristiwa seumpama ini sebenarnya memperteguhkan dan memantapkan lagi keimanan sekiranya dihayati.

“Janganlah sekali-kali kita lupa untuk bertahmid memuji Allah, bertasbih, bertakbir dan bertahlil sebagai tanda kesyukuran atas pengurniaan segala nikmat serta limpahan rahmatNya,” katanya. – BH Online

Tags: fenomenaGerhana matahari anulusJakim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Rayu Kes Lucut Hak UMNO Kedah, Habib Jewels

Next Post

Imigresen Tidak Iktiraf Skuad Sukarelawan Buru PATI

Related Posts

‘Sandwic Dijual Di UM Sah Tiada Sijil Halal’ – Jakim

‘Sandwic Dijual Di UM Sah Tiada Sijil Halal’ – Jakim

13/01/2025
0

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan sandwic 'ham dan keju' yang dijual di kedai serbaneka di Universiti...

Tular Video Puji Pendakwah Berlebihan, Jakim Digesa Ambil Tindakan

Tular Video Puji Pendakwah Berlebihan, Jakim Digesa Ambil Tindakan

10/10/2024
0

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) digesa mengambil tindakan mengenai video tular di media sosial melibatkan seorang pendakwah...

Next Post

Imigresen Tidak Iktiraf Skuad Sukarelawan Buru PATI

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd