• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tragedi Konvoi Motosikal Ragut Nyawa Guru

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Konvoi bermotosikal disertai lapan rakan ke Cameron Highlands bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut selepas terbabit kemalangan di Kilometer 27 Jalan Sungai Koyan- Cameron Highlands. Lipis, semalam.

Dalam kemalangan kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa Rahmat Abdul Ghani, 36, yang juga guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mahmud, Raub disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Kamarulzaman Jusoh@Mohamad Daud berkata, mangsa dari Taman Amalina Saujana Raub yang menunggang motosikal jenis Honda RS 150 dipercayai dalam perjalanan dari arah Raub menghala ke Cameron Highlands.

Menurutnya, mangsa berkonvoi bersama lapan rakan yang lain dipercayai untuk pusat peranginan tanah tinggi itu sempena cuti hujung minggu.

“Ketika tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas ke kiri dan melanggar besi penghadang jalan.

“Kejadian itu disedari rakan dan mereka berhenti untuk menghulurkan bantuan selepas melihat mangsa dalam keadaan terbaring. Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat sebelum jenazah dituntut keluarga untuk urusan pengebumian,” katanya.

Kemalangan disiasat mengikut Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tags: Cameron HighlandsGurukonvoi motosikal
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Guru Cedera Cuba Rampas Objek Tajam Daripada Pelajar 16 Tahun

Guru Cedera Cuba Rampas Objek Tajam Daripada Pelajar 16 Tahun

21/10/2026
0

KUCHING - Seorang guru sebuah sekolah antarabangsa di sini cedera ketika cuba merampas objek tajam yang dibawa seorang pelajar berusia...

Pakar Pendidikan Anggap Mengelirukan – Guru Wajib Tandatangan Aku Janji Atau Tidak?

Pakar Pendidikan Anggap Mengelirukan – Guru Wajib Tandatangan Aku Janji Atau Tidak?

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan percanggahan antara Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Kementerian Pendidikan (KPM) dan kenyataan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd