• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Masih Bekerja Keras” – Jeck Seng

oleh
10/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN – “Saya masih bekerja keras sehingga ke hari ini,” itu reaksi calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng ketika mengulas perkembangan kempen yang dilaksanakan setakat ini.

Jeck Seng berkata, pihaknya juga masih bertungkus-lumus menemui pengundi di sepanjang tempoh berkempen.

Menurutnya, penting bagi beliau untuk mendekati pengundi bagi melihat dan mendengar sendiri suara hati mereka (pengundi).

“Seperti yang saya pernah katakan sebelum ini, kita akan cuba menemui pengundi seberapa ramai yang boleh.

“Apa yang saya boleh kata, hingga ke hari ini, saya masih bekerja keras dalam tempoh berkempen untuk PRK Tanjung Piai,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, ketika diminta mengulas terhadap peningkatan sokongan daripada pengundi Cina di Tanjung Piai terhadap BN, Jeck Seng berkata, ia sebenarnya satu cabaran besar yang perlu dihadapi.

Katanya, cabaran sedemikian dilihat sebagai pendorong untuk beliau bekerja lebih kuat selepas ini.

“Saya masih kata ini satu cabaran. Sebab itulah saya masih perlu bekerja keras.

“Walaupun ada yang kata peningkatan pengundi kerana rakyat marah dengan kerajaan namun bagi saya ia tetap satu cabaran buat kita,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Barisan NasionalMCAPRK Tanjung Piaiwee jeck seng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kekuatan BN Terletak Pada Kesatuan Saf Dan Semangat Kebersamaan – Khaled Nordin

Kekuatan BN Terletak Pada Kesatuan Saf Dan Semangat Kebersamaan – Khaled Nordin

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan kekuatan Barisan Nasional (BN) sentiasa terletak pada kesatuan...

PAS Teliti Semula Keputusan Bertanding Semua Kerusi PRN Johor, Utamakan Penyatuan Pengundi Melayu-Islam

PAS Teliti Semula Keputusan Bertanding Semua Kerusi PRN Johor, Utamakan Penyatuan Pengundi Melayu-Islam

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – PAS perlu meneliti semula cadangan awal Perikatan Nasional (PN) bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd