• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Radiasi Menara Telekomunikasi Tidak Bahaya – MCMC

oleh
07/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pembinaan menara telekomunikasi berdekatan kawasan perumahan tidak berupaya membawa risiko kesihatan kepada masyarakat sekitar, termasuk golongan warga tua atau kanak-kanak, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, setiap pembinaan atau penempatan menara telekomunikasi dibuat mengikut garis panduan sedia ada termasuk jarak antara menara telekomunikasi dengan kawasan perumahan.

Kadar pancaran Frekuensi Radio Medan Elektromagnet (RF-EMF) dari menara telekomunikasi di negara ini adalah terkawal pada setiap masa iaitu di bawah had yang disyorkan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh International Commission on Non-Ionizing Radiation Protection (ICNIRP).

Menurut MCMC, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merumuskan bahawa melalui kajian-kajian yang telah dilaksanakan terbukti bahawa pendedahan EMF oleh struktur pemancar telekomunikasi terhadap sistem biologi tidak menjejaskan kesihatan.

Fakta itu turut disokong oleh Kementerian Kesihatan yang menyatakan bahawa tiada bukti saintifik yang meyakinkan untuk mengaitkan dakwaan risiko radiasi terhadap kesihatan daripada struktur pemancar telekomunikasi.

Menurut MCMC lagi, ujian tahap pancaran frekuensi radio (RF) kendalian Agensi Nuklear Malaysia (ANM) di seluruh negara juga mendapati radiasi di kawasan sekitar pemancar adalah amat rendah dan berada pada tahap selamat.

“Orang awam diminta merujuk kepada sumber yang sahih atau pakar bertauliah yang diiktiraf kerajaan bagi mengelakkan salah faham berkenaan isu RF-EMF ini,” kata kenyataan itu.

MCMC turut memberi jaminan bahawa pihaknya sentiasa memantau pembinaan, penempatan serta tahap radiasi yang dihasilkan oleh pemancar komunikasi di Malaysia.

Tags: MCMCmenara telekomunikasiradiasi
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Hanya Individu Berumur 16 Tahun Ke Atas Dibenar Daftar Akaun Media Sosial, Akaun Sedia Ada Bakal Disekat

Hanya Individu Berumur 16 Tahun Ke Atas Dibenar Daftar Akaun Media Sosial, Akaun Sedia Ada Bakal Disekat

01/06/2026
0

Hanya Individu Berumur 16 Tahun Ke Atas Dibenar Daftar Akaun Media Sosial, Akaun Sedia Ada Bakal Disekat Oleh Mynewshub KUALA...

Apabila Tukar Kerajaan, Insya-Allah Kita Akan Berlaku Adil – Isham Jalil

Apabila Tukar Kerajaan, Insya-Allah Kita Akan Berlaku Adil – Isham Jalil

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil memaklumkan siasatan kes terhadap beliau berhubung isu ‘diesel...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd