• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU15 Lebih Cepat Kalau BN Menang PRK Tanjung Piai

oleh
04/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN – Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dijangka akan berlaku lebih cepat sekiranya calon Barisan Nasional(BN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai pada 16 November ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khalid Norden berkata, PH juga dijangka mendapat tekanan sangat kuat sekiranya calon mereka kalah.

Menurutnya, keyakinan pihaknya diperkukuhkan dengan situasi kedudukan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak kukuh kerana Bersatu mempunyai bilangan kerusi Parlimen sedikit.

“Ketiadaan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi sokongan kepada calon Bersatu pada hari penamaan calon boleh menjadi petunjuk terdapat usaha hendak sabotaj pengaruh Bersatu dalam PH.

“Sebab itu saya kata kalau BN menang, tekanan dihadapi PH sangat kuat dan mungkin kita lagi cepat berdepan PRU15,” katanya sewaktu menyampaikan ceramah kelompok BN di pusat daerah mengundi (PDM) Pekan Nanas Tengah, semalam.

Turut hadir calon BN dari MCA, Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng.

Dalam perkembangan lain, Mohamad Khaled turut menekankan dua objektif Muafakat Nasional sebagai petunjuk agar pengundi Melayu di Tanjung Piai membuat pilihan terhadap calon BN pada PRK Parlimen Tanjung Piai.

Menurutnya, syarat pertama mesti wujud kekuatan politik Melayu Islam yang tujuannya supaya dapat berhadapan cabaran dihadapi masyarakat Melayu islam.

“Pendek kata, dengan wujud kerjasama kita dapat lahir kuasa politik Melayu dominan dan sangat kuat, mungkin kawasan kita majmuk, di kawasan dominan, kuasa ini akan mengalahkan PH.

“Semasa PRU14 lalu, Pas bersendirian namun, kini telah bersama dengan BN yang terasnya adalah UMNO.

“Kita berusaha, aspirasi orang johor, negeri Johor mesti menjadi Islamik, kita mesti mengukuh keterlibatan orang Melayu dalam ekonomi dan ketiga pertahan budaya orang Melayu,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Barisan NasionalPRK Tanjung PiaiPRU15
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Asyraf Wajdi Mohon Masyarakat DUN Semerah Kekalkan Mohd Fared

PRN Johor: Asyraf Wajdi Mohon Masyarakat DUN Semerah Kekalkan Mohd Fared

27/06/2026
0

BATU PAHAT - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menyeru pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah memberi...

Bekas Menteri Wilayah Kesal Dakwaan Hannah Yeoh – Kuala Lumpur Zaman BN Ibarat “Neraka”

Bekas Menteri Wilayah Kesal Dakwaan Hannah Yeoh – Kuala Lumpur Zaman BN Ibarat “Neraka”

27/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Wilayah Persekutuan sekitar tahun 80-an, Tan Sri Shahrir Ab Samad membidas kenyataan Hannah Yeoh yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd