• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nelayan Tanjung Piai Terima RM1,000 Minggu Depan

oleh
06/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Seramai 1,513 nelayan di kawasan Johor Selatan termasuk Tanjung Piai akan menerima bantuan khas nelayan sebanyak RM1,000 bermula minggu depan, kata Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal.

Katanya, pemberian bantuan khas yang dianggarkan bernilai lebih RM1.5 juta itu akan berikan secara berperingkat melalui tiga fasa.

“Kawasan yang terlibat (pemberian bantuan khas) termasuk di Gelang Patah dan Pulai (432 nelayan), Pasir Gudang, Johor Bahru dan Tebrau (537) serta Pontian dan Tanjung Piai (544 nelayan).

“Pembayaran akan dibuat secara tiga fasa bermula pada minggu hadapan tetapi tarikhnya akan dimaklumkan oleh Exco nanti dan biasanya kami akan bagi secara serahan tangan,” katanya kepada pemberita di Bangunan Dato Jaafar Muhammad di sini hari ini.

Dr. Sahruddin dalam pada itu menafikan dakwaan bahawa bantuan yang diberikan sebagai ‘gula-gula’ sempena pilihan raya Tanjung Piai dan pemberian bantuan ini tidak tertangguh seperti yang dilaporkan kerana bantuan ini telah diberikan sejak tahun 2015.

“Bantuan khas ini bukanlah bermakna kami (kerajaan) wajib (bagi) setiap tahun, selagi ada wang di Tabung Pembangunan Nelayan Negeri Johor yang ditubuhkan pada 8 Jan 2018, kami akan bagi dan sebetulnya pemberian ini tidak tertangguh sebab data nelayan ini sentiasa berubah, kita tunggu bancian daripada LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia).

“Bantuan ini diberikan kepada nelayan pantai yang terjejas dengan pembangunan di kawasan Johor Selatan dan sepatutnya tidak menjadi isu,” katanya.

Beliau dalam pada itu mengharapkan bantuan yang diberikan dapat mengurangkan beban nelayan yang terjejas berikutan pembangunan di kawasan berkenaan.

Sebelum ini laporan media yang memetik dakwaan segelintir masyarakat nelayan di Tanjung Piai bahawa wang sagu hati atau wang ihsan yang pernah dinikmati sejak 2016, masih belum diterima sehingga kini.

Dakwaan itu antara lain menyebut nelayan telah diberikan wang ihsan sebanyak RM2,000 pada zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebelum dijanjikan RM1,000 oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika ini.

Tags: JohorNelayanPRK Tanjung Piai
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik menegaskan bahawa PH berjanji akan membawa kemajuan di Johor sekiranya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd