• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Belum Terima Surat Tuntutan Maaf Dari Indonesia

oleh
25/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memaklumkan pihaknya belum menerima sebarang surat daripada kerajaan Indonesia yang menuntut Malaysia memohon maaf susulan insiden pergaduhan di Stadium Nasional Bukit Jalil ketika perlawanan Malaysia menentang Indonesia pada 19 November lalu.

Syed Saddiq berkata, pihaknya tiada masalah untuk membuat permohonan maaf secara rasmi sekiranya diminta berbuat demikian.

“Enggan memanjangkan isu ini, saya rasa lebih baik saya minta maaf cuma saya faham mereka mahu permohonan maaf rasmi. Tetapi sampai sekarang pejabat saya belum terima notis rasmi, nampak ia diviralkan di media sosial.

“Bila terima saya akan balas secara rasmi permohonan maaf dan untuk pastikan kita dapat selesaikan kes ini bersama,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Kementerian Pemuda dan Olahraga Indonesia (Kemenpora) memuat naik gambar dua muka surat dokumen di Twitter rasmi kementerian itu yang mengecam insiden pergaduhan di Stadium Nasional Bukit Jalil ketika perlawanan Malaysia menentang Indonesia baru-baru ini.

Perkongsian gambar tersebut kini tular di media sosial dan rata-rata netizen khususnya penyokong Indonesia mahu Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di bawah pentadbiran Syed Saddiq memohon maaf kepada negara itu.

Dalam pada itu, Syed Saddiq mengulangi komitmennya bahawa pesalah dalam kes tersebut akan diheret ke muka pengadilan tidak kira mereka dari Indonesia atau Malaysia.

“Komitmen saya, kalau ada salah laku, kami akan pastikan pesalah diheret ke muka pengadilan.

“Tak kira pesalah dari Malaysia atau Indonesia kerana perkara seperti ini tidak diterima pencinta bola sepak tanah air,” katanya.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Muar itu tidak menyatakan secara jelas sama ada kerajaan Malaysia akan meminta ganti rugi berikutan beberapa kerusi Stadium Nasional Bukit Jalil dirosakkan penyokong Indonesia dalam perlawanan baru-baru ini.

“Saya dimaklumkan ada proses dilalui FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) sendiri. Kita akan lihat semua pilihan yang ada.

“Sebab itu saya kata mana-mana salah laku tak kira dari Indonesia atau Malaysia, kita akan siasat,” katanya.

Tags: Indonesiapergaduhanpermohonan maafSyed Saddiq
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Tegur Norway, Tuntut Penyelesaian Isu Peluru Berpandu NSM

Malaysia Tegur Norway, Tuntut Penyelesaian Isu Peluru Berpandu NSM

31/05/2026
0

SINGAPURA – Malaysia menyampaikan pendirian tegas kepada Norway berhubung pembatalan lesen eksport sistem peluru berpandu Naval Strike Missile (NSM) yang...

Kuching City FC Mohon Maaf Kepada Penyokong, Ucap Tahniah Kepada JDT

Kuching City FC Mohon Maaf Kepada Penyokong, Ucap Tahniah Kepada JDT

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kelab bola sepak Kuching City FC mengucapkan tahniah kepada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) susulan keputusan perlawanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd