Saturday, October 5, 2024

Creating liberating content

Peguam Hasanah Akan Fail...

PUTRAJAYA - Peguam kepada bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk...

Wabak Denggi Meningkat Di...

HANOI - Pihak berkuasa tempatan di Vietnam diminta meningkatkan kempen kesedaran dan langkah...

Gambar Adik Fasha Sandha...

ORANG kata dalam dunia ni ada tujuh orang yang berwajah seakan-akan seiras dan...

Pencuri Kereta Hisap Puting...

Oklahoma City - Polis di bandar raya ini melancarkan operasi memburu seorang lelaki...

KDN Rampas Lebih 2,000 Naskah Komik Propaganda

SERDANG – Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin hari ini berkata, lebih 2,000 naskah komik propaganda bertajuk “Inisiatif Jalur dan Jalan – Meraih Manfaat Bersama”, yang diharamkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dirampas.

“Lebih 2,000 naskhah dirampas. Namun berapa jumlah tepatnya, wallahualam,” katanya dalam sidang media sempena Hari Keluarga KDN 2019 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), hari ini.

Terdahulu KDN mengesahkan komik yang diedarkan ke sekolah itu mengandungi unsur penyebaran propaganda komunisme dan sosialisme.

Muhyiddin sebelum ini berkata, laporan awal Bahagian Keselamatan kementerian berkenaan mendapati terdapat perkara yang tidak betul dalam komik berkenaan, sekali gus wajar untuk dikenakan tindakan tegas terhadap pihak yang menerbit dan mengedarkannya.

Sehingga kini tiga individu dipanggil ke Bukit Aman untuk memberikan keterangan mengenai penghasilan, pencetakan dan penerbitan komik berkenaan.

Mereka yang dipanggil termasuklah bekas pemimpin DAP, Hew Kuan Yew dan dua lagi yang dikatakan terlibat dalam proses penerbitannya.

Kategori