• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Juarai Piala Malaysia, JDT Bakal Terima Insentif

oleh
06/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan Johor sedang meneliti insentif khas kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) berikutan pasukan itu menjuarai perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Kedah, Sabtu lalu.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata, jumlah dan bentuk insentif akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Insya-ALLAH kerajaan Johor akan memberi sedikit insentif kepada pasukan JDT. Berapa…tunggu…,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sabtu lalu, JDT berjaya menjulang Piala Malaysia 2019 selepas menewaskan Kedah 3-0 pada final di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pada perlawanan yang disaksikan 82,420 penyokong itu, JDT memberikan persembahan cemerlang seawal permainan sehingga menghasilkan dua gol di separuh masa pertama sebelum melengkapkan kemenangan 3-0 menerusi gol tunggal di separuh masa kedua.

Kemenangan itu membolehkan JDT menebus kekecewaan final edisi 2014 di venue sama, selain melakar kemenangan kedua ke atas Kedah di pentas final selepas kejayaan menamatkan kemarau 26 tahun menjuarai Piala Malaysia pada edisi 2017.

Tags: JDTkerajaan JohorPiala Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Memenangi Lapan Kategori Liga M Awards 2025-26

JDT Memenangi Lapan Kategori Liga M Awards 2025-26

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengungguli lapan kategori Liga M Awards 2025-26 yang berlangsung malam...

JDT ‘Belasah’ Chelsea Dalam Open Play, Penalti Jadi Penyelamat The Blues

JDT ‘Belasah’ Chelsea Dalam Open Play, Penalti Jadi Penyelamat The Blues

10/08/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) mengikat kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea FC dengan keputusan 3-3 di Stadium...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd