• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Perbesar Isu Abu Mayat Chin Peng – Mahathir

oleh
28/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri berkata isu abu mayat Chin Peng yang dibawa pulang ke Malaysia tidak perlu diperbesarkan.

Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ini kerana pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu sudah meninggal dunia.

“Dia (Chin Peng) sudah mati. Banyak orang yang dulu dera kita macam orang Jepun apa semua. Tetapi kita lupakan yang lama. Bukan dia boleh buat apa dah.

“Cuma abu dia sahaja yang balik. Kita beri Shamsiah Fakeh balik pun tiada siapa complaint. Kenapa? Sebab dia Melayu kot? Ada lain lagi. Tapi Chin Peng memang kita tak mahu terimalah sebab dia ketua,” katanya sidang media bersama media Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Seoul seperti dilapor Astro Awani.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata polis sudah mengenal pasti laluan dan tarikh abu mayat mendiang Chin Peng dibawa pulang ke Perak.

Huzir juga berkata, pihaknya bersama Polis Kontinjen Perak sedang menjalankan siasatan lanjut bagaimana abu mayat berkenaan boleh lolos ke Malaysia dari Thailand.

Sementara itu, Dr. Mahathir tidak menolak kemungkinan ada pihak yang membesar-besarkan isu itu kerana mempunyai agenda tersendiri.

Menurut beliau, tindakan membawa masuk abu mayat Chin Peng adalah di luar kawalan mana-mana pihak.

“Macam mana kita nak tahu? Dia bawa abu dalam flusk dan kita tak tahu siapa yang nak tengok. Kalau nak buang abu tu, buang lah,” katanya.

Tags: abu mayatChin PengMahathir Mohamadparti komunis malaya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita DAP Bantah Pengharaman Buku Tentang Tokoh Parti Komunis Malaya

Wanita DAP Bantah Pengharaman Buku Tentang Tokoh Parti Komunis Malaya

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Wanita DAP Selangor mempersoalkan pengharaman dua buah buku berkisar tentang perjuangan tokoh Parti Komunis Malaya (PKM) yang...

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd