• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 8, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Samakan Sambutan Ketibaan Ketua Junta Myanmar Dengan Rundingan Tunku Abdul Rahman-Chin Peng Mengelirukan

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Samakan Sambutan Ketibaan Ketua Junta Myanmar Dengan Rundingan Tunku Abdul Rahman-Chin Peng Mengelirukan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menyifatkan tindakan membandingkan sambutan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Presiden Myanmar, Min Aung Hlaing dengan rundingan damai Tunku Abdul Rahman bersama pemimpin komunis, Chin Peng sebagai mengelirukan dan tidak mengambil kira konteks sejarah sebenar.

Beliau berkata, perbandingan yang digunakan bagi mempertahankan pertemuan Anwar dengan Aung Hlaing itu tidak tepat kerana kedua-dua peristiwa berlaku dalam keadaan politik dan keselamatan yang jauh berbeza.

Menurutnya, rundingan Baling pada 1955 berlangsung ketika pemberontakan komunis sudah semakin lemah, manakala Chin Peng ketika itu berunding daripada kedudukan yang jauh berbeza berbanding Aung Hlaing pada hari ini.

“Perbandingan dengan Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman dan Chin Peng mungkin kelihatan menarik, tetapi sebenarnya sangat mengelirukan.

“Menggunakan Tunku dan Chin Peng sebagai justifikasi sejarah untuk memberikan sambutan rasmi negara kepada ketua tentera Myanmar bermakna kita mengabaikan konteks sejarah sebenar,” katanya dalam kenyataan media bertajuk A False Equivalence: Tunku, Chin Peng and Min Aung Hlaing yang dikeluarkan hari ini.

Kenyataan itu menyusuli usaha Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Muhammad Kamil Abdul Munim mempertahankan sambutan ketibaan Aung Hlaing di Malaysia dengan ‘karpet merah’ melalui perbandingan rundingan damai yang pernah dilakukan Tunku Abdul Rahman.

Charles menegaskan bahawa beliau tidak mempertikaikan keperluan diplomasi atau rundingan dengan pihak yang mempunyai perbezaan pendirian, namun pendekatan tersebut perlu dinilai berdasarkan hasil yang mampu dicapai.

“Ya, diplomasi memerlukan kita bercakap dengan pihak lawan. Tiada siapa mempertikaikannya. Persoalannya ialah dengan siapa kita bercakap, apakah pengaruh yang kita miliki, apakah usaha yang sudah dilakukan sebelum ini dan apakah sebenarnya yang kita capai,” katanya.

Beliau turut mempertikaikan hujah bahawa dialog secara langsung dengan pemimpin tentera Myanmar diperlukan bagi menyelesaikan masalah pelarian yang berlarutan sejak sekian lama.

Menurut Charles, Myanmar bukan menghadapi kekurangan rundingan diplomatik, sebaliknya kegagalan pihak tenteranya mematuhi komitmen yang sudah dipersetujui.

Katanya, sejak Konsensus Lima Perkara ASEAN diterima pakai pada 2021, pelbagai rundingan dan pertemuan diplomatik telah dilakukan oleh utusan khas ASEAN serta negara anggota, termasuk Malaysia dan Indonesia.

Bagaimanapun, beliau mendakwa keganasan, pembunuhan, pengeboman orang awam dan perpindahan penduduk terus berlaku di Myanmar.

Dalam pada itu, Charles berkata, pertemuan rasmi dengan Aung Hlaing juga tidak boleh disamakan dengan hubungan diplomatik bersama wakil Kerajaan Perpaduan Nasional Myanmar (NUG)

Katanya, menerima ketua tentera Myanmar dengan sambutan rasmi, penghormatan ketenteraan dan layanan pada peringkat negara membawa maksud politik yang berbeza berbanding mengadakan pertemuan dengan wakil pembangkang Myanmar.

“Diplomasi mempunyai simbolisme. Simbolisme itu penting. Lawatan Aung Hlaing ke ibu negara ASEAN bukan sekadar untuk berbincang, tetapi turut membantu memberikan legitimasi dan menormalkan kedudukannya di peringkat antarabangsa,” dakwanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial Charles Santiago

Tags: Charles SantiagoChin PengKetua Junta MyanmarmengelirukanRundinganSamakanSambutan KetibaanTunku Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Charles Santiago Kritik PMX Anwar Karpet Merah Buat Ketua Junta Myanmar, Kamil Munim Tampil Pertahan

Charles Santiago Kritik PMX Anwar Karpet Merah Buat Ketua Junta Myanmar, Kamil Munim Tampil Pertahan

08/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan layanan karpet merah...

Kedudukan Sosioekonomi Masyarakat India Terhakis – Charles Santiago

Kedudukan Sosioekonomi Masyarakat India Terhakis – Charles Santiago

21/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen DAP, Charles Santiago membangkitkan kebimbangan mengenai kedudukan sosioekonomi masyarakat India di negara ini yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd