• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jalur Gemilang Simbol Kedaulatan, Tidak Boleh Dipermainkan

oleh
26/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Dalam kehangatan isu Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) memaparkan Jalur Gemilang dengan bintang berbucu lima dalam satu majlis perasmian kejohanan sukan itu semalam, ciapan (tweet) Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencuri perhatian netizen.

Baginda memuat naik status di Twitter rasminya bagi menyentuh isu tersebut dan berkenan memberitahu, Jalur Gemilang adalah simbol kedaulatan negara dan ia tidak boleh dipermainkan.

“Tiada siapa yang berhak untuk mengubah bendera tanpa persetujuan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja-raja Melayu sebelum dibawa ke Parlimen,” ciapnya pantas tular di laman sosial.

Kata-kata baginda itu mendapat sokongan dari netizen yang menyifatkan kesilapan itu tidak sewajarnya berlaku kerana itu adalah Jalur Gemilang.

Mohammad Basir berkata, kesilapan itu tidak boleh diterima kerana setiap rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama telah dididik sejak kecil bagaimana rupa Jalur Gemilang.

“Setuju tuanku, kesilapan ini sepatutnya tidak boleh diterima, setiap rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama, telah dididik sejak kecil bagaimana rupa Jalur Gemilang. Ampun tuanku.

“Saya sebagai rakyat Malaysia tak dapat menerima kesilapan mereka ini. Sebagai rakyat tuanku saya bermohon perlu diambil tindakan,” ciapnya.

Menurut @aiman9099, “Setuju tuanku… ini bukan isu perkauman atau politik, tapi lebih kepada patriotik..,” katanya.

@bearuangs berkata, “Tanya budak tadika pun tahulah mana satu bendera yang betul. 14 bucu bintang bermaksud 14 negeri dalam Malaysia. Takkan asas macam ni pon tak tahu pasal bendera negara. Memang disengajakan dan memalukan. Tindakan wajib diambil.”

Tambah @syeramanap pula, “Ampun tuanku, carian di Google boleh dikatakan 100 peratus tiada Jalur Gemilang yang bintangnya ada lima bucu.. Sama ada guna term ‘bendera Malaysia’ atau “Malaysia flag‘. Semua gambar akan ada lebih dari 5 bucu yakni semua ada 14 bucu kat bintang tu.. Ni boleh dikatakan ada pihak cuba main api ke?”

Posting baginda sehingga kini mendapat lebih 3,600 ciapan dan 5,200 tanda suka dari netizen.

Tags: bendera malaysiajalur gemilangMABATunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buka Kertas Siasatan Bendera Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

Polis Buka Kertas Siasatan Bendera Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

27/10/2025
0

JALUR GEMILANG DIPASANG TERBALIK DI PEKAN NANAS: POLIS PONTIAN JALANKAN SIASATAN   PONTIAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat...

Lagi Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

Lagi Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

20/08/2025
0

JOHOR BAHRU: Lagi insiden pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik dikesan di sebuah klinik pergigian swasta dipercayai berlaku di daerah Pontian....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd