• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadangan Cuti Paterniti 7 Hari Swasta Dibawa Ke Kabinet

oleh
14/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia bercadang membentangkan permohonan bagi cuti paterniti (cuti kerana isteri bersalin) tujuh hari untuk sektor swasta kepada Kabinet pada akhir tahun ini.

Menterinya, M Kula Segaran berkata, selama 62 tahun lalu cuti paterniti tidak diberi perhatian dan ini merupakan langkah awal untuk perubahan lebih baik di masa depan.

“Lebih dari tiga hari, itu akan dipertimbangkan. Saya akan bentangkan perkara itu kepada Kabinet untuk tindakan yang perlu.

“Kami amat yakin bahawa ini merupakan hala tuju yang betul, ia patut dibentangkan dan dapatkan kelulusan secepat mungkin,” katanya kepada pemberita semasa ditemui di pekarangan bangunan Parlimen selepas Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menyerahkan petisyen itu kepada beliau di sini hari ini.

Petisyen itu bagi cuti paterniti tujuh hari untuk sektor swasta.

Beliau berkata, kementerian telah mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan dalam sektor swasta berhubung cadangan itu.

“Perbincangan dengan pihak berkepentingan baru sahaja selesai, kami harap mungkin pada Disember ini kami dapat bentangkan cadangan ini kepada Kabinet,” katanya.

Ketika ditanya sekiranya sektor swasta perlu mematuhi cuti paterniti tujuh hari itu selepas ia dilaksanakan, Kula Segaran berkata, cuti paterniti itu adalah wajib dan bukan opsyen bagi mereka (sektor swasta).

Turut hadir untuk memberikan sokongan pada penyerahan petisyen WAO itu ialah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil dan Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.

Petisyen WAO itu yang bermula pada Jun 2019 bertujuan menggesa cuti paterniti sekurang-kurangnya tujuh hari untuk sektor swasta dan telah memperoleh 39,340 tandatangan.

Tags: Cuti Paternitiisteri bersalinkabinetsektor swasta
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kabinet Maklum Isu Kampung Papan, Mahu Ditangani Lebih Tertib – Fahmi

Kabinet Maklum Isu Kampung Papan, Mahu Ditangani Lebih Tertib – Fahmi

14/11/2025
0

PUTRAJAYA: Beberapa menteri Kabinet menyuarakan pandangan supaya isu pengosongan dan perobohan rumah di Kampung Papan, Pandamaran ditangani dengan lebih tertib...

Draf RUU Tribunal Anti-Buli Dibentang Kepada Kabinet Esok – Azalina

Draf RUU Tribunal Anti-Buli Dibentang Kepada Kabinet Esok – Azalina

23/10/2025
0

KOTA KINABALU: Perincian dasar dan polisi yang terkandung dalam draf penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Tribunal Anti-Buli dijadualkan akan dibentangkan kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd