• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amanah Ramal PAS Tiada Hala Tuju Selepas Hadi Tiada

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Parti Amanah Negara (Amanah) meramalkan PAS tiada hala tuju yang jelas jika Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak lagi memegang jawatan tertinggi parti.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, PAS kini tidak mempunyai mesej yang jelas kepada ahlinya selepas mengadakan muafakat bersama UMNO dan hanya dianggotai ahli yang benar-benar taat kepada parti itu sahaja.

“Walaupun PAS kini dilihat semakin kuat selepas bergabung dengan UMNO namun mesej yang disampaikan oleh parti itu semakin kabur dan tidak jelas dan hanya disertai oleh golongan yang walak (taat) sahaja.

“Selagi ada Haji Hadi mereka patuh tapi lepas Haji Hadi tak ada (tidak lagi memegang jawatan Presiden PAS) parti itu tidak akan mempunyai hala tuju yang jelas. Mereka (PAS) tidak akan punya ketahanan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kovensyen Amanah Negeri Kelantan Kali Ke-4 2019 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata UMNO juga dilihat tidak berani menawarkan sebarang perjanjian untuk membawa PAS sebagai sebahagian daripada gabungan Barisan Nasional (BN).

Mengenai isu Kampung Baru di Kuala Lumpur Khalid yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata beliau yakin lebih ramai penduduk kawasan itu akan bersetuju dengan pelan pembangunan yang dikemaukakan kerajaan selepas ia diperkenankan oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Khamis lepas.

“Dengan sokongan dan perkenan Sultan Selangor Insya Allah lebih mudah untuk kita mendapatkan persetujuan daripada pemilik (tanah di Kampung Baru). Saya rasa mereka akan lebih bersedia untuk menerima cadangan kita (mengenai pelan pembangunan Kampung Baru),” katanya.

Tags: Abdul Hadi AwangAmanahKhalid SamadPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan membincangkan kemungkinan PAS menggunakan lambang dacing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusinya,...

PAS Disaran Guna Lambang BN Dalam PRN Melaka

PAS Disaran Guna Lambang BN Dalam PRN Melaka

25/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hassan menyarankan PAS menggunakan lambang Barisan Nasional (BN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd