• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yan Kee Nafi Godam Laman E-Bayaran Universiti Malaya

oleh
18/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Graduan kejuruteraan awam Universiti Malaya (UM) yang mencetuskan kontroversi dengan mengadakan protes semasa majlis konvokesyen, baru-baru ini menafikan penglibatannya menggodam laman web e-bayaran (e-pay) universiti terbabit.

Wong Yan Ke berkata, dia mengetahui laman web itu digodam petang semalam dan menjelaskan dia tidak ada kena mengena dengan situasi itu.

“Saya tidak tahu apa-apa mengenai sains komputer dan saya tidak mengarahkan sesiapa untuk melakukan ini bagi pihak saya.

“Saya juga tidak bersetuju dengan perbuatan ini,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.

Yan Kee juga turut menunjukkan gambar mesej yang dikongsinya di Facebook dua hari lalu, sama seperti tulisan yang tertera di laman web itu.

Ia tertulis: “Biar mati dari hidup melutut. Jika kata-kata saya mengancam mereka yang berkuasa, jadi biarkan. Jika gambar saya mengejutkan orang ramai, itu adalah baik. Gigi anda akan gugur, pedang saya akan naik. (I would rather die standing than live kneeling. If my words threaten those in power, so be it. If my pictures alarm the people, that is good. Your teeth come down, my sword goes up). #NoRasis #UndurVc #University of Malaya.”

Sehingga jam 11 pagi tadi, laman web yang digunakan untuk semua transaksi dengan UM masih tidak dapat diakses.

Yan Ke sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila bertindak membawa plakad di pentas majlis konvokesyen, Isnin lalu menuntut peletakan jawatan Naib Canselor UM, Datuk Dr. Abdul Rahim Hashim.

Tindakan itu dipercayai bagi membantah ucapan Abdul Rahim ketika Kongres Maruah Melayu 6 Oktober lalu.

UM kemudiannya membuat laporan polis terhadap Yan Ke kerana tidak menghormati istiadat, mengganggu protokol dan kelancarannya. – Sinar Harian

Tags: laman web digodamUniversiti Malayawong yan ke
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mendapatkan maklumat daripada Universiti Malaya (UM) berhubung isu adegan ranjang dalam sebuah...

Kesatuan Mahasiswa UM Desak Pasukan Teater Mohon Maaf Dalam Tempoh 24 Jam

Kesatuan Mahasiswa UM Desak Pasukan Teater Mohon Maaf Dalam Tempoh 24 Jam

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) mengecam sekeras-kerasnya pementasan teater oleh sebuah pasukan teater kolej di UM yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd