• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mendapatkan maklumat daripada Universiti Malaya (UM) berhubung isu adegan ranjang dalam sebuah persembahan teater di universiti itu.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, beliau mengambil maklum perkara itu dan telah mengetahui perkara berkenaan melalui media sosial.

“Tadi saya tengok ada dalam media sosial. Saya akan dapatkan maklumat terlebih dahulu daripada pihak UM,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Naik Taraf Perpustakaan Digital University of Cyberjaya (UoC) di Cyberjaya hari ini.

UM hari ini tampil memohon maaf dan memberi penjelasan berhubung isu adegan dalam sebuah persembahan teater yang tular di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.

Dalam kenyataan media, pihak universiti memaklumkan bahawa mereka memandang serius perkara tersebut serta mengambil maklum segala kebimbangan yang dibangkitkan orang ramai.

Menurut universiti itu, berdasarkan syarat dan peraturan pertandingan Karnival Teater (Karviter), setiap persembahan sepatutnya bebas daripada unsur negatif, provokasi atau kandungan yang boleh menjejaskan nilai keagamaan, moral, etika, budaya serta nama baik universiti.

Hasil penelitian mendapati adegan yang dipertontonkan tidak selaras dengan skrip asal yang telah melalui proses tapisan dan jelas merupakan pelanggaran terhadap syarat pertandingan. – MYNEWSHUB

 

Tags: Adegan ranjangDatuk Seri Dr Zambry Abd KadirKementerian Pendidikan TinggiKPTPersembahan TeaterUMUniversiti Malaya
Share207Tweet130SendShare

Related Posts

KPT Pantau Kualiti Udara, IPT Diberi Autonomi Tentukan Mod PdP

KPT Pantau Kualiti Udara, IPT Diberi Autonomi Tentukan Mod PdP

07/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengarahkan semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di bawah seliaannya supaya memantau bacaan Indeks...

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) meminta skop Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak terhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd