• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Mesyuarat Esok Bincang Pertindihan Tarikh PRK, PAU

oleh
01/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – UMNO akan bermesyuarat pagi esok bagi membincangkan pertindihan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai dan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang dijadualkan pada 16 November nanti.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa ketika ditanya berhubung tarikh PRK Parlimen Tanjung Piai yang ‘kebetulan’ sama dengan tarikh PAU.

“Esok kita akan meeting (mesyuarat), kita akan bincang,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Tengah hari tadi, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun mengumumkan tarikh mengundi bagi PRK Parlimen Tanjung Piai adalah pada 16 November nanti.

Menurutnya, hari penamaan calon ditetapkan pada 2 November manakala hari mengundi awal pula pada 12 November.

Sementara itu, ketika ditanya kebarangkalian PAU dibawa ke Johor, Ahli Parlimen Ketereh itu menegaskan ‘soalan dibawa ke Johor adalah di luar konteks’.

“Pagi esok kita ada mesyuarat. (Adakah UMNO akan umumkan sesuatu esok?) Ya,” jawab beliau ringkas.

Menerusi ciapan di Twitter beliau tengah hari tadi, Annuar menyatakan sudah menduga SPR akan memilih tarikh yang sama dengan PAU.

“SPR bijak dan adil molek…memilih tarikh PRK sewaktu UMNO sedang mengadakan Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur,” ciap beliau.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki turut menyindir SPR malah menzahirkan ucapan terima kasih kepada SPR kerana ‘tidak sengaja’ memilih tarikh tersebut.

“Terima kasih SPR kerana tidak sengaja memilih tarikh Pilihan Raya Kecil P165 Tanjung Piai bersempena tarikh Perhimpunan Agung UMNO pada 16 November 2019,” tulis beliau dalam laman Facebooknya. – Sinar Harpan

Tags: Annuar MusaPerhimpunan Agung UMNOPRK Tanjung Piai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk...

UMNO Sedia Tepis Tangan Sekutu Jika Langgar 3 ‘Garis Merah’ – Tok Mat

UMNO Sedia Tepis Tangan Sekutu Jika Langgar 3 ‘Garis Merah’ – Tok Mat

14/01/2026
0

KUALA LUMPUR: UMNO mengingatkan semua pihak termasuk sekutu politik supaya tidak melanggar tiga 'garis merah' semata-mata kerana parti itu menjadi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd