• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

oleh Mohd Arshad
09/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk meninggalkan PAS selepas lebih tiga tahun bersama parti itu.

Menurutnya, pengalaman lebih 40 tahun bersama UMNO dan kini bersama PAS memberi keyakinan bahawa beliau telah memilih landasan perjuangan yang jelas.

“Setelah lebih 40 tahun dalam UMNO dan lebih tiga tahun dalam PAS, dapatlah saya tegaskan tidak ada satu sebab pun untuk saya meninggalkan jemaah ini,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Beliau turut menyindir idea “Rumah Bangsa” yang dianggap sebagai jenama baharu tetapi dengan isi yang sama seperti sebelum ini.

Menurutnya, walaupun nama atau konsepnya berubah, pemilik dan dasar yang mendasari rumah tersebut masih kekal sama seperti dahulu.

“Rumah Bangsa jenama baharu, tetapi isinya tetap sama. Tuan punya rumah pun tuan yang sama,” katanya.

Dalam masa sama, Annuar berkata beliau menghargai ajakan terbuka kepada individu yang pernah dipecat atau digantung daripada parti untuk kembali memperkasa parti berkenaan.

Namun beliau berpandangan ajakan tersebut menunjukkan parti itu masih belum cukup kuat.

“Insya-Allah kita masing-masing punya landasan dalam berjuang. Buatlah pilihan,” katanya lagi. – MYNEWSHUB

Sumber Info Dan Foto: FB Tan Sri Annuar Musa

Tags: Annuar Musa
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

10/10/2025
0

KOTA BHARU: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk...

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

09/07/2023
0

Kuala Lumpur : Veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang memutuskan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Tan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd