• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tular Surat Lawat Pusat Mengundi: SPR Sahkan Persiapan PRU15

oleh
10/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Tular di media sosial sejak semalam sepucuk surat dari Kementerian Pendidikan yang memberi kebenaran kepada Pengarah Pilihan Raya Perak membuat lawatan ke sekolah-sekolah sebagai pusat mengundi.

Menerusi surat bertarikh 23 September itu dinyatakan satu lawatan awal tapak akan dilakukan ke sekolah-sekolah berkenaan yang dijadikan pusat mengundi di Perak pada 1 September hingga 30 November 2019.

Pengarah Pilihan Raya Perak, Mohd Nazri Ismail berkata, surat kebenaran itu dimohon sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lanjutan daripada pendaftaran automatik bagi pengundi berusia 18 tahun.

Menurutnya, semakan dan pemantauan awal dilakukan di pusat-pusat mengundi seluruh negeri termasuk sekolah bagi memastikan segala keperluan terutama logistik berada dalam keadaan baik.

“Semakan perlu dibuat sama ada sekolah sedia ada boleh menampung bilangan pengundi yang dijangka mencecah 2.1 juta kelak.

“Ia operasi biasa sebagai persiapan dan sama sekali tiada kaitan dengan sokongan terhadap kerajaan Perak seperti ditularkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Surat terbabit turut dikongsi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Datuk Khusairi Abdul Talib menerusi Facebooknya hari ini.

Beliau berkata, seorang penyokong kerajaan telah menunjukkan surat sama di layar telefon kepadanya ketika singgah makan tengah hari di sebuah restoran di Kampung Kuala Slim.

“Awal sungguh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) mahu meninjau pusat mengundi di Negeri Perak. Tempoh akhir bagi mengadakan PRU15 ialah pada Mei 2023 iaitu 3 tahun 6 bulan lagi. Masih lama.

“Kenapa di Negeri Perak? Rasanya SPR tidak memohon perkara yang sama di negeri-negeri lain, istimewa sungguh negeriku Perak ini,” tulisnya di Facebook.

Menurutnya, tindakan diambil Suruhanjaya SPR itu mungkin ada kaitan dengan Pilihanraya Negeri (PRN) di Perak selepas timbul ura-ura beberapa ADUN kerajaan mahu meninggalkan parti dan mengisytiharkan diri selaku wakil rakyat Bebas.

“Dikhabarkan jumlahnya lapan orang, tetapi paling mendesak empat. Jika dua sahaja ADUN meninggalkan pihak kerajaan, ada dua kemungkinan akan berlaku sama ada Kerajaan Negeri Perak bertukar tangan seperti berlaku pada 2009 lalu atau PRN perlu diadakan.

“Atas kemungkinan inilah maka SPR sudah mula menggerakkan jenteranya bagi meninjau pusat-pusat pembuangan undi di seluruh Negeri Perak yang kebanyakannya di sekolah-sekolah,” katanya.

Khusairi berkata, kedudukan empat parti dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang saling berantakan bukan rahsia umum lagi terutama apabila kritikan terbuka dibuat Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepada kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Katanya, situasi itu bukan sahaja berlaku antara parti, tetapi kalangan ahli dalam parti, paling ketara dalam kepimpinan DAP apabila ADUN Malim Nawar dan ADUN Pokok Assam melepaskan jawatan dalam parti itu kerana tidak puas hati terhadap Pengerusinya, Nga Kor Ming.

“Kelebihan tiga kerusi bukanlah terlalu selamat buat sebuah kerajaan dianggotai empat parti yang rapuh pakatannya.

“Tambah lagi apabila ketua kerajaan (Ahmad Faizal) hanya mewakili satu kerusi dari partinya (kini menjadi dua apabila ADUN Sungai Manik diterima menyertai Bersatu), selain iparnya ADUN Tualang Sekah yang masih kekal bebas pro-PH,” katanya.

Kerajaan PH Perak dibentuk pada Mei 2018 lalu dengan 31 kerusi selepas dua ADUN Barisan Nasional (BN) dari parti UMNO keluar dan mengisytiharkan diri ADUN bebas dan menyokong Ahmad Faizal menjadi Menteri Besar.

Dengan keadaan itu, BN kini tinggal 25 kerusi dan PAS (3) menjadikan jumlah 28 kerusi di pihak pembangkang. – Sinar Harian

Tags: PerakPRU15pusat mengundiSPR
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengecam sikap pembangkang menunggang isu harga minyak demi keuntungan politik. Timbalan...

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

23/02/2026
0

IPOH - Kerajaan Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri berjumlah RM1,500 kepada semua kakitangan awam di negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd