• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Keluar Peringatan Penamaan Calon PRK Tanjung Piai

oleh
30/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengingatkan bahawa pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Sabtu ini, ditetapkan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian.

Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, tempoh masa oleh calon, pencadang dan penyokong atau mana-mana dua orang daripada mereka atau mana-mana seorang daripada mereka untuk mengemukakan kertas penamaan calon kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya adalah dari 9 pagi hingga 10 pagi.

“Sekiranya mana-mana bakal calon telah membayar deposit pilihan raya terlebih dahulu, maka perlu diingatkan bahawa resit pembayaran tersebut hendaklah dibawa pada hari penamaan calon sebagai bukti bayaran,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, calon yang bertanding mewakili mana-mana parti politik diingatkan supaya mengemukakan surat kebenaran untuk menggunakan simbol parti yang diwakili semasa menyerahkan kertas penamaan calon.

Menurutnya, SPR berharap agar proses penamaan calon berjalan lancar tanpa sebarang insiden, khususnya yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

SPR katanya, menyeru kepada semua calon dan parti politik yang terlibat agar sentiasa mematuhi undang-undang, peraturan, tata etika dan arahan yang dikeluarkan oleh SPR, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Perhatian khusus perlu diberikan kepada peruntukan mengikut Seksyen 24A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5] mengenai larangan semasa Hari Penamaan Calon. Antara lainnya, penggunaan apa-apa alat muzik ataupun pembesar suara bagi tujuan diayah politik melalui apa-apa cara termasuk menerusi penggunaan kenderaan dan vesel tidak dibenarkan dan merupakan satu kesalahan.

“Orang ramai serta penyokong parti dilarang menunggu atau berada dalam jarak 50 meter dari sempadan pusat penamaan calon. Jika ada mana-mana pihak yang melanggar peruntukan seksyen ini, pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sepatutnya,” tegasnya.

Menurut beliau, parti politik yang terlibat adalah bertanggungjawab untuk mengawal penyokong masing-masing pada setiap masa untuk menjamin proses penamaan calon berjalan lancar dan dalam suasana yang selesa dan aman.

Tags: penamaan calonPRK Tanjung PiaiSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Seru Semua Pihak Berkempen Secara Matang, Berhemah, Tertib

Onn Hafiz Seru Semua Pihak Berkempen Secara Matang, Berhemah, Tertib

12/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyeru semua pihak terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor...

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos, Tempoh Berkempen 14 Hari

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos, Tempoh Berkempen 14 Hari

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 11 Julai 2026 sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd