• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM1.2 Bilion Saham, Harta Tabung Haji Telah Dijual

oleh
16/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Nilai keseluruhan saham dan harta yang telah dijual Lembaga Tabung Haji (TH) setakat 31 Jun tahun ini berjumlah RM1.2 bilion.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, menerusi penjualan itu sebanyak RM61.1 juta nilai keuntungan telah diperolehi.

Menurutnya, aktiviti urusniaga saham dan penjualan harta merupakan sebahagian daripada aktiviti am yang dijalankan dalam pengurusan aset agensi itu.

“TH telah mencatatkan prestasi dan kedudukan kewangan yang semakin baik bagi separuh pertama tahun 2019, dipacu oleh strategi pelaburan yang mampan serta langkah pengurusan kos yang berhemat.

“Bagi tempoh enam bulan pertama, TH telah memperoleh pendapatan berjumlah RM1.3 bilion yang dijana daripada pelaburan aset pendapatan tetap, pelaburan hartanah dan instrumen pasaran wang Islam.

“Pada 30 Jun, kedudukan kewangan TH kekal kukuh apabila jumlah aset telah melebihi jumlah liabiliti sebanyak RM1.8 bilion, dengan jumlah aset RM74 bilion manakala jumlah liabiliti RM72.2 bilion. Berbanding pada 31 September 2018, kedudukan nilai aset berbanding liabiliti hanyalah sebanyak RM1 bilion,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Hasan Arifin (BN-Rompin) yang bertanyakan berapakah nilai saham dan harta yang telah dijual oleh TH sehingga Jun 2019.

Mengulas lanjut, Fuziah berkata, kesemua hasil pendapatan yang diperoleh menerusi penjualan saham dan harta itu telah dilabur semula di dalam pelbagai instrumen kewangan yang menjana pendapatan yang lebih teguh dan stabil terutamanya di dalam saham yang berpotensi di bursa Malaysia.

Katanya, selain daripada itu, pendapatan TH juga tidak terhad kepada hasil keuntungan penjualan aset sahaja tetapi juga pendapatan dividen daripada saham-saham yang dipegang.

“Ia termasuklah pendapatan tetap daripada pegangan sukuk patuh syariah hasil sewaan daripada hartanah dan juga margin keuntungan daripada pendeposit bank.

“TH juga akan terus meneroka peluang pelaburan secara berhemah dengan mengambil kira kepentingan pendeposit di samping akan terus mengekalkan tahap tadbir urus yang tinggi dalam mentadbir dana yang dipertanggungjawabkan,” katanya.

Tags: Fuziah SallehhartaSahamTabung Haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Hanya 48 peratus sumber minyak mentah datang dari Malaysia, manakala 38 peratus bergantung kepada laluan Selat Hormuz...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd