• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Tidak Mampu Beli Rumah, Dedah Bank Negara

oleh
24/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketidakmampuan rakyat Malaysia untuk memiliki perumahan berasaskan nilaian harga semasa adalah sangat serius berdasarkan piawaian standard antarabangsa.

Pengarah Jabatan Pemantauan dan Pengawasan Kewangan Bank Negara Malaysia (BNM), Qaiser Iskandar Anwarudin berkata, piawaian standard antarabangsa itu dikemukakan Demographia dan diperakui Bank Dunia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Universiti Harvard, Amerika Syarikat.

Menurutnya, kebanyakan rakyat Malaysia tidak mampu untuk membeli rumah baharu dilancarkan kerana harga purata hartanah baharu bernilai RM417,262 berbanding harga maksimum rumah mampu dimiliki mereka hanya bernilai RM282,000.

“Tahap ketidakmampuan rakyat Malaysia untuk memiliki rumah masih menjadi faktor penghalang utama kepada mereka untuk memiliki rumah sendiri.

“Sebuah rumah dianggap mampu milik sekiranya harga ditawarkan tidak lebih daripada tiga kali ganda pendapatan tahunan isi rumah.

“Mengikut faktor kemampuan rakyat berdasarkan kaedah median multiple, harga rumah di Malaysia pada 2016 berada pada kadar 4.4 berbanding 3.9 pada tahun 2012, bermakna kadar ketidakmampuan rakyat membeli rumah sendiri semakin meningkat,” katanya pada sesi taklimat penerangan bersama media mengenai tajuk ‘Household Indebtedness di Sasana Kajang di sini hari ini.

Lebih mengejutkan, Qaiser Iskandar Anwaruddin mendedahkan, hutang isi rumah rakyat Malaysia kini berada pada tahap 82.2 peratus daripada kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekaligus antara tertinggi di rantau Asia.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, pinjaman perumahan masih kekal sebagai penggerak penting bagi pertumbuhan kredit susulan industri perbankan berterusan untuk kekal menyokong inisiatif pemilikan rumah dalam kalangan rakyat.

“Berdasarkan statistik kelulusan terkini pinjaman perumahan dari Januari hingga Ogos 2019, seramai 260,000 peminjam mendapat manfaat daripada keseluruhan nilai pinjaman ditawarkan bank bernilai RM113 bilion.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 127,000 atau pecahan 49 peratus adalah membabitkan akaun baharu pinjaman perumahan dengan 88,000 akaun atau pecahan 69 peratus membabitkan nilai perumahan berharga kurang RM500,000,” katanya.

Selain itu, Qaiser Iskandar memberi petanda kedudukan kewangan isi rumah Malaysia kekal berdaya tahan walaupun paras agregat hutang meningkat.

Menurutnya, pencapaian nisbah rosot nilai pinjaman lebih rendah daripada 1.3 peratus bagi purata lima tahun berbanding purata lima 1.5 peratus bagi tempoh sama di samping bahagian pendapatan boleh guna rendah bagi tujuan pembayaran semula pinjaman pada 36 peratus turut mendorong kepada petanda itu.

“Nisbah aset kewangan mudah tunai-kepada-hutang isi rumah juga kekal memadai pada 1.5 kali manakala nisbah aset kepada hutang lebih sekali permohonan termasuk aset hartanah juga lebih baik kepada 4.1 kali.

“Secara agregat, isi rumah terus berdaya tahan dengan kedudukan kewangan masing-masing dalam keadaan terkawal,” katanya.

Tags: Bank Negara Malaysiaharga rumahrakyat Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cawangan Di Kawasan Majoriti Melayu Bukti DAP Bukan Parti Perkauman – Poay Tiong

Cawangan Di Kawasan Majoriti Melayu Bukti DAP Bukan Parti Perkauman – Poay Tiong

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong mendakwa penubuhan cawangan parti itu di kawasan majoriti pengundi Melayu membuktikan...

DAP Berkembang Menjadi Sebuah Gerakan Politik Matang, Mewakili Aspirasi Semua Rakyat Malaysia – Nga Kor Ming

DAP Berkembang Menjadi Sebuah Gerakan Politik Matang, Mewakili Aspirasi Semua Rakyat Malaysia – Nga Kor Ming

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming menyeru semua ahli parti agar terus teguh dengan komitmen kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd