• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Rujuk Kes Lagu Negaraku Kepada Timbalan Pendakwa Raya

oleh
02/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis telah mengambil keterangan sembilan individu termasuk seorang wanita berhubung rakaman video memaparkan sekumpulan individu yang dilihat enggan berdiri ketika lagu Negaraku dimainkan dalam satu majlis di Sarawak.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang D5 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, SAC Mior Faridalatrash Wahid berkata, proses mengambil keterangan kesemua suspek berusia 34 dan 64 tahun dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sarawak.

“Siasatan kes dilakukan mengikut disiasat mengikut Seksyen 8 (3) Akta Lagu Kebangsaan 1968 dan ianya telah selesai.

“Kertas siasatan berhubung kes ini telah dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman hari ini.

Ditanya alasan individu itu tidak menghormati lagu Negaraku, beliau berkata berdasarkan keterangan mereka bertindak sedemikian sebagai tanda protes.

“Siasatan polis tidak mengambil kira apa jua alasan yang dibuat kerana undang-undang telah tetapkan yang jika lagu Negaraku dimainkan, warga Malaysia perlu beri penghormatan dan berdiri,” katanya.

Menurut laporan portal tempatan, kesemua individu berkenaan dipercayai merupakan ahli Kumpulan Sarawak For Sarawakians (S4S) yang bertindak demikian sebagai tanda protes terhadap janji kerajaan Persekutuan kepada negeri itu yang tidak dipenuhi.

Video berdurasi 22 saat berkenaan dipercayai dirakam di satu majlis makan malam, minggu lepas, sebelum dimuatnaik di media sosial dan dikongsi lebih 4,000 akaun.

Mengulas larangan bacaan doa di sebuah sekolah di Pulau Pinang, beliau berkata pihaknya akan memanggil sembilan lagi individu untuk membantu siasatan.

“Polis terima 10 laporan polis dan telah ambil keterangan lima individu terdiri daripada ibu bapa yang menghadiri majlis itu,” katanya.

Pada Jumaat beberapa individu dikatakan hadir pada satu majlis penyampaian anugerah di sekolah itu dan didakwa melarang pelajar Islam membaca doa mengikut agama Islam, sebaliknya dibaca mengikut agama Kristian.

Tags: lagu kebangsaanNegarakuPDRMSarawak For Sarawakians
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib Dakwa Anak George Soros Terbit Dokumentari 1MDB

Next Post

Mujahid Yang Patut Mohon Maaf – Asyraf

Related Posts

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

08/05/2025
0

BATU GAJAH – Tidak menerima gaji sehingga lima bulan merupakan antara nasib malang yang dialami oleh 55 pekerja warga asing...

Polis Sahkan Terima Laporan Barang Kemas Mangsa Dicuri, Suami Trauma, Pemandu XPander Sudah Beri Kenyataan

Polis Sahkan Terima Laporan Barang Kemas Mangsa Dicuri, Suami Trauma, Pemandu XPander Sudah Beri Kenyataan

06/04/2025
0

Ipoh, 5 April 2025 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengeluarkan kenyataan media berhubung perkembangan siasatan kes kemalangan maut...

Next Post

Mujahid Yang Patut Mohon Maaf - Asyraf

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd