• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Minta Bantuan Pakar Sahkan Fakta Komik Propaganda

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis akan meminta bantuan pakar sejarah untuk menilai sejauh mana kesahihan fakta sejarah yang ditulis menerusi komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ yang mencetuskan kontroversi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Komisioner Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya akan membuat pemilihan pakar sejarah yang akan digunakan bagi membantu polis dalam siasatan kes itu.

“Kita akan mendapatkan pakar sejarah untuk mendapatkan kesahihan berkaitan fakta sejarah yang terdapat dalam buku komik tersebut,” katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.

Huzir berkata, polis telah merampas kesemua komik tersebut yang diterbitkan menerusi tiga bahasa Bahasa Melayu, Cina dan Inggeris.

“Kita juga telah menghantar permohonan untuk membuat semakan ke Kementerian Dalam Negeri sama ada komik ini telah mendapat kebenaran pencetakan dan sebagainya dan kita juga telah buat lawatan ke kilang pencetakan komik ini di Shah Alam.

“Kita sudah rakam percakapan dua saksi daripada syarikat percetakan berkenaan dan kita juga telah buat permohonan kepada perpustakaan negara berkaitan pengeluaran Rangkaian Digital Perkhidmatan Bersepadu (ISDN) terhadap tajuk buku ini,” ujarnya.

Mengulas lanjut Huzir berkata, pihaknya juga akan memanggil pelukis kartun komik dan wakil syarikat yang membuat terbitan buku itu

Terdahulu, Bukit Aman memanggil tiga individu termasuk bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau untuk memberi keterangan berhubung penerbitan komik yang didakwa berunsur propaganda.

Huzir berkata, Hew akan dipanggil semula ke Bukit Aman untuk disambung memberi keterangan.

“Banyak lagi soalan yang kita nak tanya dia,” katanya sambil memaklumkan sebanyak 46 laporan polis dibuat berhubung kes tersebut.

Setakat ini, lebih lima individu telah dipanggil memberi keterangan dan jumlahnya dijangka bertambah.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata polis mengambil keterangan pelukis komik bertajuk “Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama” pada Jumaat lepas.

Pada 18 Oktober, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan laporan awal bahagian keselamatan kementerian itu mendapati terdapat perkara yang tidak betul dalam komik berkenaan, sekali gus wajar untuk tindakan tegas dikenakan terhadap mereka yang menerbit dan mengedarkan komik tersebut.

Media baru-baru ini melaporkan komik berkenaan dipercayai diedarkan di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK).

Tags: ChinaDAPkomik propagandaKomunispolis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - "Alhamdulillah, lawatan kerja saya ke Shanghai dan Hangzhou telah membuahkan hasil yang bermakna, terutamanya dalam memanfaatkan potensi...

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

23/09/2026
0

HANGZHOU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) selepas pertama kali menaiki HSR...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd