Wednesday, December 6, 2023

Creating liberating content

Dua Kilang Musnah Dalam...

SEREMBAN - Dua kilang iaitu kilang membuat acuan seramik dan kilang membuat mainan...

Rundingan AS-China Tidak Berjaya

WASHINGTON/BEIJING - Pegawai-pegawai Amerika Syarikat (AS) dan China menamatkan rundingan dua hari tanpa...

128 Nelayan Lahad Datu...

LAHAD DATU - Sebanyak 128 nelayan di sini, hari ini menerima elaun sara...

Pemilik Butik Pengantin Dikecam...

KUALA LUMPUR - Walaupun sudah meminta maaf, seorang pemilik butik pengantin terus dikecam...

Petronas Raih 2 Anugerah Putra Brand

KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) meraih Anugerah Platinum Putra Brand dan Anugerah Hall of Fame bagi kategori bahan api automotif, pelincir dan aksesori pada Anugerah Putra Brand yang diadakan di sini, baru-baru ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Bhd. (PDB), Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, setelah memenangi Anugerah Emas selama sembilan tahun berturut-turut sebelum ini, anugerah tahun ini merupakan pengiktirafan ke atas peningkatan tarikan jenama produknya dalam kalangan rakyat Malaysia. 

“Petronas berbangga dipilih sekali lagi sebagai jenama kegemaran rakyat Malaysia. Kedua-dua anugerah itu adalah yang pertama bagi kami dan ia mencerminkan kekuatan jenama kami. 

“Kami sentiasa melabur untuk mengukuhkan produk kami bagi memastikan ia memenuhi keperluan pelanggan bagi pemanduan yang lancar tanpa gangguan. Kepercayaan mereka terhadap jenama kami adalah bukti jelas kualiti tinggi bahan api dan pelincir kami,” katanya. 

Terdahulu tahun ini, PDB melancarkan Petronas Primax 95 dengan Pro-Drive yang menjanjikan pemanduan lebih lancar, responsif dan cekap. Bahan api itu mendapat maklum balas yang sangat positif. 


Baru-baru ini, syarikat itu juga memperkenalkan rangkaian baharu Petronas Syntium dengan pelincir CoolTech yang diformulakan untuk meredakan kepanasan enjin berlebihan bagi prestasi dan kecekapan enjin yang lebih baik. 

Buat pertama kalinya, rangkaian produk itu juga menampilkan minyak khusus bagi enjin hidrid, menandakan penerokaan pertama syarikat itu ke pasaran kenderaan hibrid yang sedang berkembang pesat. 

Gabungan Petronas Primax dan Petronas Syntium yang memenangi anugerah itu digunakan oleh pasukan kereta lumba Formula Satu Mercedes-AMG Petronas untuk menjuarai kategori Pengeluar Kejohanan Formula Satu buat kali kelima pada 2018.

Kategori