• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KT Vasagam Muat Naik Gambar Babi Halal Dicekup

oleh
16/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemilik akaun Facebook dengan nama KT Vasagam yang memuat naik gambar khinzir berlogo halal dalam media sosial itu berjaya dicekup polis semalam.

Suspek yang merupakan ejen pelancongan telah ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang petang semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Komisioner Datuk Huzir Mohamed berkata, suspek telah memuat naik gambar babi dengan logol halal di laman Facebook peribadinya pada 14 Oktober lalu yang dianggap menghina agama Islam.

“Kita tahan suspek dan disiasat di bawah 505c Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 2012 selepas menerima lapan laporan polis di seluruh negara ekoran tindakan suspek itu.

“Suspek bekerja sebagai ejen pelancongan di Pulau Pinang memuat naik kandungan FB dengan gambar profil peribadinya memaparkan gambar seekor babi dengan logo halal berserta kenyataan jelik “Mufti? Hadi? Zakar Naik? Mullah? Lebai?…explain”.

“Dia datang ke Balai Polis Timur Laut sebelum ditahan di sana untuk tindakan lanjut,” katanya dalam sidang media harian JSJ Bukit Aman pagi ini.

Suspek turut membuat hantaran “Did you know that insulin used for diabetics is sourced from pig meat.And 25% of the Arab people use it. Now tell me how Allah was right about pigs.”

Menurut Huzir, jika disabitkan kesalahan suspek boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau di bawah Seksyen 233 boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda RM20,000 atau kedua dua sekali.

Dalam satu lagi perkembangan Huzir ditanya mengenai klip video sebuah kereta yang mengibarkan bendera harimau LTTE berwarna merah disyaki di lebuh raya yang tular baru-baru ini.

Katanya, polis telah menyemak nombor pendaftaran kenderaan itu sebelum bergegas ke alamat yang didaftarkan tetapi didapati suspek tidak wujud di alamat berkenaan.

“Siasatan mendapati ia didaftarkan ke atas nama lelaki lain yang tidak berkaitan dengan insiden tersebut dan kita sedang siasat perkara ini untuk tindakan sewajarnya,” tegasnya tanpa mengulas lanjut.

Tags: babiHalalislamkhinzirMuslim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

RM1.2 Bilion Saham, Harta Tabung Haji Telah Dijual

Next Post

“Nak Kempen Apa, Pilihan Raya Bukan Esok” – Hishammuddin

Related Posts

UMNO Gesa Hentikan Polemik Garis Panduan Untuk Orang Islam

UMNO Gesa Hentikan Polemik Garis Panduan Untuk Orang Islam

07/02/2025
0

SHAH ALAM - UMNO menggesa semua pihak supaya menghentikan polemik berhubung garis panduan penglibatan orang Islam dalam majlis sambutan perayaan...

Polis Buka Kertas Siasatan Fitnah Senator Paksa Pengawal Peribadi Makan Khinzir

Polis Buka Kertas Siasatan Fitnah Senator Paksa Pengawal Peribadi Makan Khinzir

27/09/2024
0

Nibong Tebal: Polis membuka kertas siasatan berhubung kes fitnah membabitkan seorang Ahli Dewan Negara di Pulau Pinang kononnya memaksa pengawal...

Next Post

"Nak Kempen Apa, Pilihan Raya Bukan Esok" - Hishammuddin

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd