• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Nak Kempen Apa, Pilihan Raya Bukan Esok” – Hishammuddin

oleh
16/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menafikan dakwaan terbabit berkempen supaya UMNO dan PAS menyertai kerajaan Pakatan Harapan (PH) tanpa DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

Bekas Menteri Pertahanan itu turut menyifatkan dakwaan Majlis Setiausaha PH semalam sebagai tidak masuk akal.

“Kononnya ada kempen untuk wujud kerajaan baharu dengan meminggirkan DAP dan AMANAH. Mahu kempen apa, pilihan raya bukan esok.

“Apa yang berlaku sekarang adalah petanda semuanya bagai tidak menentu dalam PH,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Serangan demikian, katanya, tidak perlu diacu kepada beliau jika pemimpin PH yakin dengan sokongan sedia ada.

Menyifatkan dirinya tidak berpengaruh, Hishammuddin meminta pihak yang menuduhnya supaya menjaga hal parti sendiri dan tidak menyalahkan pihak lain.

“Barisan Nasional, UMNO atau Ahli Parlimen Sembrong tidak boleh menjadi kambing hitam untuk masalah mereka,” katanya.

Mengulas dakwaan beliau menjadi dalang menghalang Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjadi Perdana Menteri, Hishammuddin menyifatkannya sebagai tidak masuk akal.

“Apa yang dia cakap di Dewan Rakyat semalam tiada yang baharu. Saya tidak pegang jawatan dalam parti, jadi untuk mempengaruhi parti menyekat Anwar daripada menjadi Perdana Menteri tidak masuk akal.

“Parti kita pembangkang, tidak ada kena mengena dengan jawatan Perdana Menteri. Kenapa fokus pada BN dan UMNO, melainkan dia memerlukan sokongan kita.

“Saya nak tanya, apakah tidak yakin dengan sokongan parti sendiri? Kalau mahu sasar saya seorang bermakna Sembrong masih relevan,” katanya.

Majlis Setiausaha PH dalam kenyataan semalam menyifatkan tindakan Hishammuddin mencadangkan UMNO dan PAS menyertai kerajaan PH tanpa penyertaan DAP dan AMANAH akan menghidupkan kembali budaya politik dan pentadbiran negara berasaskan kaum. – BH Online

Tags: Hishammuddin Tun Husseinpakatan harapanPASUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zamir Ghazali Dakwa Akan Keluarkan Simpanan Tabung Haji Jika UMNO-PAS Bentuk Kerajaan Persekutuan

Zamir Ghazali Dakwa Akan Keluarkan Simpanan Tabung Haji Jika UMNO-PAS Bentuk Kerajaan Persekutuan

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah), Zamir Ghazali mendakwa beliau bersama keluarganya akan mengeluarkan simpanan di Tabung...

Pakatan Harapan Juga Mengamalkan Politik Identiti – Zaid Ibrahim

Pakatan Harapan Juga Mengamalkan Politik Identiti – Zaid Ibrahim

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Mohd Zaid Ibrahim menolak tanggapan bahawa gelombang biru dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd