• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buka Kertas Siasatan Fitnah Senator Paksa Pengawal Peribadi Makan Khinzir

oleh Mohd Arshad
27/09/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Polis Buka Kertas Siasatan Fitnah Senator Paksa Pengawal Peribadi Makan Khinzir
Share on FacebookShare on Twitter

Nibong Tebal: Polis membuka kertas siasatan berhubung kes fitnah membabitkan seorang Ahli Dewan Negara di Pulau Pinang kononnya memaksa pengawal peribadinya yang beragama Islam memakan daging khinzir.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian terbabit daripada Senator berusia 38 tahun itu pada 8.31 malam tadi.

“Lelaki itu membuat laporan polis selepas dia menerima panggilan telefon daripada seorang individu bertanyakan mengenai dakwaan bahawa pengawal peribadinya membuat laporan polis terhadapnya kerana memaksa memakan daging khinzir.

“Dakwaan itu dinafikan oleh senator terbabit, malah pengawal peribadinya juga turut membuat laporan polis untuk menafikan tuduhan itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) di sini, hari ini.

Hamzah berkata, pemeriksaan polis juga mendapati tiada laporan polis yang dibuat pengawal peribadi Senator itu berhubung perkara terbabit di mana-mana balai polis di seluruh negara.

Beliau berkata, polis sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk akan merekodkan keterangan pihak yang terbabit dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan lain, Hamzah berkata, polis menahan dua lelaki yang mempunyai 25 rekod lampau kerana terbabit dalam kes samun sehingga mendatangkan kecederaan kepada mangsa dalam serbuan di Juru, Bukit Mertajam dekat sini dan Air Itam, Georgetown semalam.

Beliau memaklumkan dua lelaki berumur 30-an itu ditahan oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) pada 12.20 tengah malam.

“Berdasarkan siasatan, kedua-dua lelaki itu terbabit dalam lima kes samun mendatangkan cedera dan satu kes curi motosikal di daerah SPT sehingga menyebabkan kerugian RM12,350 dalam semua kes itu.

“Susulan penahanan dua lelaki itu, polis merampas pelbagai barangan digunakan untuk kegiatan jenayah antaranya pisau dan merampas wang tunai pelbagai negara serta dua motosikal dipercayai hasil kegiatan curi mereka,” katanya.

Hamzah berkata, pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua suspek yang mempunyai 25 dan 14 rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah itu kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

HarianMetro-

Tags: Kertas Siasatankhinzir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneruskan tindakan terhadap pihak yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung pembekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd